in

Simpan Duit Syiling Setiap Hari, Wanita Tak Sangka Berjaya Kumpul RM6,000!

Pagett

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Simpan Duit Syiling Setiap Hari, Wanita Tak Sangka Berjaya Kumpul RM6,000!
Loading
/

Semenjak kecil lagi kita ditanam dengan sikap untuk suka menabung agar masa depan lebih terjamin. Meskipun sudah ramai yang berkongsi pelbagai cara bagi merealisasikan cita-cita untuk menabung, tidak dinafikan budaya menyimpan duit ini sememangnya tidak mudah dilaksanakan.


Pun begitu, seorang wanita dari Indonesia ini membuktikan sebaliknya apabila dia berjaya menyimpan wang dalam jumlah yang banyak hanya dengan mengumpul duit syiling sahaja! Wanita dikenali sebagai Ayu Nawang Retno NingTyas itu telah berkongsi di akaun Facebook baru-baru ini menunjukkan wang yang disimpan.

T3
sumber: facebook

Menurut wanita yang berasal dari Lamongan, Jawa Timur ini, dia hanya menyimpan duit syiling semata-mata. Tidak pernah lupa untuk memasukkan duit syiling ke dalam tabungnya setiap hari, wanita berkenaan memutuskan untuk mengetahui jumlah tabungan yang sudah disimpan lebih dari dua tahun lamanya.

Dalam rakaman video yang dikongsikan oleh Ayu, tabungnya dipenuhi dengan syiling 1000 Rupiah tanpa sehelai pun wang kertas. Ayu kemudian membawa syiling simpanannya ke bank yang terdekat untuk mengetahui jumlah sebenar tabungan tersebut.

T2
sumber: facebook

Setelah dihitung, Ayu langsung tidak menyangka bahawa jumlah syiling yang disimpan mencecah ribuan ringgit. Jumlah keseluruhan duit syiling yang disimpan Ayu bernilai Rp 21,244,000 atau bersamaan dengan hampir RM6,000! Wow!

Ramai mengagumi sikap Ayu yang sangat komited menyimpan wang walau dalam jumlah yang sedikit. Ada juga yang merasakan bahawa mereka patut mencontohi sikap wanita ini yang membuatkan budaya menabung nampak mudah. Kisah simpanan Ayu kini dikongsikan lebih 30,000 pengguna Facebook.

T5
sumber: facebook
T6
sumber: facebook

Waaah, inilah yang dipanggil sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit! Nampak macam simpan duit syiling je tapi siapa sangka boleh sampai beribu ringgit tau!

Tonton video simpanan duit syiling Ayu di sini:

Sumber: Facebook

Baca: Ini 7 Cara Menabung Yang Boleh Anda Guna Untuk Simpan Duit Dengan Mudah!

T1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.