Sikap Prihatin Orang Ramai Berjaya Bantu Selamatkan Lelaki Pengsan Terkunci Dalam Kereta

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Baru-baru ini tular beberapa buah foto seorang lelaki yang ditemui tidak sedarkan diri dan terkunci di dalam kereta dekat persimpangan lampu isyarat di Bandar Bera.

Menurut laporan Sinar Harian, orang ramai mula menyedari akan keadaan mangsa pada jam 7 pagi sebelum seterusnya menghubungi pasukan penyelamat ke tempat kejadian untuk menyelamatkan mangsa.

Sumber: Facebook

Sejurus sahaja tiba di lokasi, mangsa yang berusia 31 tahun yang juga seorang anggota tentera itu berada di dalam keadaan tidak sedarkan diri.



Anggota bomba dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) telah dibantu orang ramai yang berada di lokasi kejadian untuk mengeluarkan lelaki tersebut dari kenderaannya. Berikutan bantuan tersebut, ia sekaligus mengelakkan kesesakan lalu lintas di kawasan berkenaan. Syabas semua!

Sumber: Facebook

Menurut pihak berkuasa, mangsa dipercayai dalam keadaan mabuk. Dia seterusnya dibawa ke klinik berhampiran untuk rawatan lanjut.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Walau bagaimanapun, para netizen dinasihatkan untuk berhenti menyebarkan maklumat mahupun membuat spekulasi mengenai kejadian tersebut di mana-mana media sosial.

Sungguhpun ia dibuat dengan niat baik demi untuk mencari waris lelaki terbabit, namun tindakan tersebut telah menimbulkan pelbagai spekulasi yang mengganggu ketenteraman orang ramai.

Walau apapun yang berlaku kepada mangsa, marilah kita doakan yang baik-baik untuknya. Yang paling penting, tahniah kepada mereka yang membantu. Anda terbaik!



Baca: Gadis Kongsi Kisah Kebaikan Dua Pegawai Peronda Bantu Tukarkan Tayar Kereta

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!