in

“Siapa individu yang kurang ajar menggunakan bayi yang sedang sakit ini untuk meraih duit?”

Oku 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memang sejak dulu lagi, sudah menjadi kebiasaan apabila orang datang kepada kita untuk meminta sedekah, tidak kira sama ada mereka adalah warganegara atau orang luar. Baru-baru ini, tular satu luahan perasaan seorang lelaki di mana beliau tidak puas hati apabila ada individu yang mengambil kesempatan menjadikan kanak-kanak OKU sebagai punca pendapatan mereka.


Menurut Akhi Fairuz Al-Jengkawi di laman Facebooknya, beliau sangat marah apabila ada golongan yang tidak bertanggungjawab telah menggunakan kanak-kanak OKU untuk meraih simpati orang ramai.

Budak 1 E1509273284392
sumber: facebook

“Aku betul-betul marah! Sudahlah hujan agak lebat awal petang semalam, tempias air mengenai tubuh dan muka si kecil.”

“Ini bukan kali pertama pemandangan sebegini aku lihat di Terminal Bersepadu Selatan (BTS).”

Menurutnya, ini bukannya kali pertama beliau menyaksikan perkara seperti ini berlaku. Tiap kali berada di lokasi itu, pasti ada orang yang meminta derma dengan menggunakan budak kecil yang sedang sakit. Keadaan bertambah buruk apabila orang yang meminta sedekah itu sentiasa berubah-ubah tetapi menggunakan ‘sumber’ yang sama! Ish tak patut betul!

“Ketahian apa yang sedang berlaku ini? Siapa individu kurang ajar yang menggunakan bayi yang sedang sakit ini untuk meraih duit?”

“Ini melibatkan nyawa seorang manusia. Tak kisahlah mereka yang kutip derma di tepi laluan ni warga asing, nyawa tetap nyawa! Kita sedang membicarakan satu eksploitasi atas insan yang lemah paling menjijikkan.”

Sedekah
gambar hiasan

Beliau tidak berdiam diri kerana sangat terkesan dengan situasi ini. Pada waktu itu, beliau dengan segera bertanyakan pada pihak yang bertugas di kaunter tiket tentang kes ini. Menurut pihak itu, sudah ramai yang menanyakan perkara yang sama tetapi ini adalah tugas pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Imigresen.

“Saya datang bukan nak report. Saya hanya nak bertanya, Tuan maklum kan hal pengutip derma kat luar tu? Yang budak kepala besar tu.”

Beliau turut bertanyakan perkara yang sama kepada pihak polis yang berada di situ, dan jawapan yang sama diterimanya.

Sedekah 1
gambar hiasan

“Terima kasihlah Cik kerana sudi tanya kami dahulu. Minta maaf saya cakap, bukan Cik seorang je yang tanya, dah lebih 20 orang sebelum ni.

“Dua hari lepas sudah ada serbuan dan tangkapan yang dilakukan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, kemudian mereka refer pada bahagian Imigresen. Hari ini ada semula minta sedekah.

“Satu sahaja yang boleh membuatkan orang buka mata, Cik viralkan sahaja di internet. Harap ramai baca dan pihak yang boleh bertindak ambil tindakan,” jelas seorang pegawai yang bertugas pada waktu itu.

Itulah sebenarnya niat pemuda ini menulis luahannya di Facebook agar ada pihak yang bertanggungjawab mengambil tindakan yang sepatutnya.

“Harap aku beginilah, aku nak sangat budak kecil ini diberi rawatan sepenuhnya. Kita ni wajib beri bantuan kesihatan kepadanya. Entah ketumbuhan, pendarahan otak atau apa jua penyakit, kita harus bantu!”

“Sekali lagi aku ulang, tak kisahlah mereka tu warga asing, manusia tetap manusia. Mereka sama macam kita, ada jasad, ada badan, ada roh, ada hati dan perasaan,” tambahnya.

Betul tu… Harap ada pihak di luar sana yang terbuka hati untuk membantu anak kecil ini dan mengambil tindakan dengan segera.

Baca: Kanak-Kanak Derita Barah Hati Menangis Mahukan Ibunya Tanpa Ketahui Dia Telah Ditinggalkan

Baby Feature

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.