in

“Seram wehhhh!” – Netizen Sampai Baca Ayat Kursi Takut Tonton Pengabdi Setan!

Catsposter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Seram wehhhh!" - Netizen Sampai Baca Ayat Kursi Takut Tonton Pengabdi Setan!
Loading
/

Kini terdapat banyak filem-filem seram yang ditayangkan di pawagam sama ada dari Hollywood mahupun dari negara Asia. Mungkin ramai yang setuju jika dikatakan filem seram dari negara Asia masih menjadi pilihan penonton di Malaysia kerana persamaan budaya dan fahaman.


Pengabdi Setan merupakan re-make daripada filem dengan judul yang sama pada tahun 1980. Menurut Harian Metro, Pengabdi Setan adalah antara filem paling seram yang mendapat sambutan hangat serta diingati oleh peminat di Indonesia sehinggalah hari ini.

Pengabdi Setan mengisarkan tentang sebuah keluarga terdiri daripada seorang bapa dan anak-anak yang baru kehilangan ibu. Sebelum mati, si ibu telah berkelakuan aneh selama tiga tahun. Si bapa kemudian mendapat pekerjaan di luar kawasan dan perlu meninggalkan anak-anaknya di rumah.

Apa yang peliknya ialah anak-anak ini mula terasa akan kehadiran ibu mereka yang sudah mati sehinggalah menyedari bahawa ‘dia’ datang bukan untuk menjaga mereka anak beranak tetapi berniat untuk membawa mereka bersama ke alamnya. Fuh memang meremang bulu roma!

8
sumber: twitter

Filem seram arahan Joko Anwar ini dibintangi oleh Tara Basro, Dimas Aditya, Bront Palarae, Endy Arfian dan Fachri Albar. Bront Palarae dilaporkan telah mencuri hati peminat Indonesia selepas berjaya membawa watak sebagai bapa di dalam filem ini.

Pengabdi Setan yang ditayangkan pada 23 November yang lalu telah mendapat respon daripada netizen yang rata-rata berpuas hati dengan filem ini dan mengakui bahawa ianya amat seram. Filem ini juga kini trending di tempat keempat di Twitter.

Sementara itu, Twitter telah dibajiri dengan tweet daripada penonton yang berkongsi pengalaman mereka menonton filem Pengabdi Setan ini. Menurut seorang netizen, filem ini terlampau menakutkan sehingga dia perlu membaca ayat kursi, berzikir dan selawat untuk menenangkan dirinya. Ni memang takut betul ni!

1A
sumber: twitter

Selain itu, netizen juga membandingkan watak ibu di dalam filem tersebut dengan Valak daripada filem The Conjuring 2. Katanya, dia hanya perlu membayangkan Valak sebagai biarawati dengan solekan gothic untuk hilangkan ketakutan, namun watak ibu dalam filem Pengabdi Setan ini membuatkannya tidak berani langsung memandang gambar mahupun wajah pelakon yang memainkan watak tersebut. Tu diaa penangan Pengabdi Setan! 

2A
sumber: twitter

Netizen juga mengatakan mereka ketakutan selepas menonton filem ini sehinggakan mereka tidak dapat tidur lena kerana teringatkan babak dan lagu Kelam Malam yang dimainkan di dalam filem Pengabdi Setan.

Baru1
sumber: twitter
4A
sumber: twitter

Walaupun ada di antara netizen yang kurang berminat dengan pengakhiran filem tersebut, namun masih ramai yang memberi rating tinggi buat filem dari Indonesia ini.

Last2
sumber: twitter
5A
sumber: twitter
9A
sumber: twitter

Tahniah kepada barisan pelakon yang mantap! Lepas ni jom ramai-ramai serbu pawagam tengok filem Pengabdi Setan.

Baca: Annabelle: Creation Terima 100% Rating dan Diundi Filem Paling Seram 2017

6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.