in

“Senapang terjatuh pulak,” – Kanak-kanak Perempuan Maut Terkena Tembakan di Muka

Fi Tembak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Malang tidak berbau. Itulah ayat tepat untuk menggambarkan tragedi yang telah berlaku kepada seorang kanak-kanak perempuan di Alor Setar, pagi semalam.


Menurut Harian Metro, seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun telah maut akibat senapang patah yang disandarkan di tepi dinding terjatuh ke lantai sebelum meletup dan peluru terkena bahagian kiri muka anak sulung daripada empat beradik itu.

Menurut The Malay Mail, ketika kejadian yang berlaku pada kira-kira jam 11 pagi, Puteri Intan Sharini Mohd Hishamuddin sedang menonton televisyen di ruang tamu rumah datuknya di Kampung Empa, Mukim Deran, Pokok Sena semalam.

Baby2 2
sumber: the star

Siasatan awal pihak polis mendapati sepupu dan pakcik Puteri berusia 15 dan 50 tahun, sedang bersiap sedia untuk pergi memburu tupai. Senapang yang digunakan mereka adalah milik moyang mangsa yang berusia 80 tahun dan lesen senjata api berkenaan masih sah sehingga bulan Jun tahun hadapan, menurut The Star.

Baby6 1
sumber: facebook

Difahamkan, mangsa tinggal bersama-sama datuk, nenek, ibu dan bapa saudaranya di rumah tersebut selepas ibu mangsa berpisah dengan suami kira-kira tiga tahun lalu. Ketika kejadian, ibu mangsa, Wan Nor Suriati Wan Masri, 26, tiada di rumah.

Baby3 2
sumber: the star

Apabila tiba di lokasi kejadian, saya melihat jasad anak sudah terbaring di ruang tamu dalam keadaan cukup memilukan.”

Bapa mangsa, Hishamudin, 34, hanya mengetahui mengenai kejadian tersebut selepas dimaklumkan bekas isterinya kira-kira jam 11.30 pagi ketika dia sedang bekerja di Jitra.

Saya bergegas ke rumah berkenaan dan sebaik tiba, saya tergamam melihat keadaan anak. Saya cukup sebak kerana Puteri Intan Sharini pergi dalam keadaan menyayat hati.”

Hishamudin juga turut mengesahkan bahawa moyang mangsa sering keluar berburu menggunakan senjata api berkenaan. Namun, dia sendiri tidak mengetahui kejadian sebenar.

Puteri merupakan seorang pelajar di Sekolah Kebangsaan Penghulu Darus, Wang Tepus, Jitra dan disifatkan sebagai seorang yang bijak serta telah memperoleh Anugerah Cemerlang selama dua tahun berturut-turut.

Baby7
sumber: berita harian

Mangsa kini telah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk dibedah siasat sementara sepupu dan pak cik mangsa telah ditahan. Ketua polis daerah Kota Setar, ACP Mohd Rozi Jidin berkata kes ini akan disiasat sebagai kes pembunuhan di bawah seksyen 302 kanun keseksaan.

Aduhai… Harap kes ini dapat diselesaikan dengan cepat. Takziah diucapkan kepada keluarga arwah.

Baca: Budak Berumur 9 Tahun Mati Selepas Sepupunya Seberat 147kg Duduk di Atasnya Sebagai Hukuman

Baby1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.