in

Semuanya Lebih Mudah Dengan Pek Makanan ‘Ready-to-cook’, Harga Serendah RM4 di AEON Mid Valley

Page 13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Betullah apa yang orang semua katakan, tiada benda yang susah dalam dunia sekarang ni. Yang susah pun boleh jadi senang. Samalah macam kewujudan pek hidangan “Ready To Cook” di AEON Mid Valley. Dari malas nak masak terus jadi rajin, kan?


Menurut World of Buzz, terdapat satu sudut di Aeon Mid Valley yang dipanggil “Ready to Cook Corner” khusus untuk makanan pek sedia untuk dimasak. Waa menarik, kan?

10
sumber: world of buzz

Apa yang lagi seronoknya adalah semua bahan-bahan masakan sudah dipotong, dihiris, dibuang kulit dan dibahagikan mengikut kuantiti hidangan. Pembeli hanya perlu masukkan semua bahan-bahan berkenaan dalam kuali atau periuk saja dan masak. Senang la anak dara zaman sekarang nak belajar memasak…

Katakan saja hidangan apa yang anda mahukan. Masakan tom yam, bihun, sayur campur dan macam-macam lagi, semua ada di sini! Bagi mereka yang tidak memakan daging, Aeon juga turut menyediakan hidangan yang mengandungi sayur-sayuran semata-mata.

8 1
sumber: world of buzz
7 1
sumber: world of buzz
6 1
sumber: world of buzz

Bagi mereka yang tidak tahu bagaimana nak memasak, janganlah risau! Mereka ada menyediakan resipi dan cara memasak di belakang pek tersebut. Ikut je arahan dan terus siapkan makanan anda. Confirm mak, ayah, suami dan kekasih suka sebab dah pandai masak!

2 1
sumber: world of buzz

Harga bagi setiap pek pun tidaklah mahal mana. Sama sahaja seperti harga barang runcit biasa di kedai.

Menurut WOB, pek yang paling mahal adalah pek tom yam seafood yang berharga RM20. Bagi kami, ia sangat berbaloi kerana di dalamnya terdapat pelbagai jenis makanan laut. Sedapnya… 

9 768X602 1
sumber: world of buzz

Senang kan hidup zaman sekarang? Tak payah nak beli bahan satu-satu. Tapi kalau nak harapkan pek ini selalu pun tak boleh juga. Kalau nak belajar memasak kenalah belajar dengan cara yang betul. Jangan ikut jalan pintas. Sekali-sekala guna pek sedia dimasak ini bolehlah kan. Betul tak?

Baca: Aplikasi GRADUAN x Waze Memudahkan Penganggur Mencari Kerja. Muat Naik Sekarang! 

Capture 16

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.