in

“Semua macam tengok wayang..” – Wanita Ini Ditumbuk dan Tiada Seorang Pun Yang Membantu

Featured Lebam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekarang ini memang terlalu banyak cerita pelik yang terjadi, tidak kira sama ada di luar atau dalam negara. Minggu lepas, terdapat satu perkongsian dia laman Facebook di mana, wanita ini telah ditumbuk matanya secara tiba-tiba oleh seorang gadis yang didakwa sebagai orang gila.


Tumbuk 1 E1508557341687
sumber: facebook

Menurut Intan Saffinas Abdullah, kejadian tersebut berlaku pada waktu pagi di sekitar stesen Masjid Jamek. Intan memaklumkan, ketika itu dia sedang melintas jalan dan dia telah selisih dengan seorang gadis di tengah jalan pada waktu itu. Dimaklumkan gadis itu memakai tudung dan berpakaian agak seksi, serta sedikit chubby.

“Tahu tak, dia lalu je dan tumbuk mata kanan saya. BAM! Macam tu je.”

Intan memberitahu bahawa gadis itu dengan tidak semena-mena telah menumbuk mata kanannya dan berlalu pergi. Pada waktu itu, dia sangat terkejut kerana tidak menyangka kejadian seperti ini boleh berlaku padanya.

“Saya paling belakang, jerit kat dia hoi. Dia boleh selamba jalan sambil hoi hoi hoi balik kat saya. Kau ni dah kenapa kan? Gila ke?”

Intan juga mengagak bahawa gadis itu kurang waras kerana apabila dia menjerit pada gadis itu, dia bukannya takut, malah balas balik. Beraninya!

 

Apa yang lebih mengejutkan lagi, tiada siapa pun yang membantunya pada waktu itu. Tidak kira lelaki atau perempuan, tua atau muda, tiada siapa pun menyoalkan sama ada dia dalam keadaan yang baik atau tidak.

“Semua tengok bagai wayang. Tak ada yang baik hati nak tanya at least, awak ok ke? Tak ada!”

“Malaysia ini dah kenapa? Korang ni dah tak berperikemanusiaan ke? Ataupun korang ni penakut?”

“Kalau ditakdirkan minah itu rodok perut saya dengan pisau kat situ pun, saya rasa mahu sejam baru korang nak telefon polis. Ya, bukan nak tolong pun, telefon polis suruh polis tolong saya!”

Intan meluahkan rasa kesalnya apabila orang di sekelilingnya pada waktu itu mungkin hanya beranggapan yang dia sekadar ditumbuk dan tidak ada apa yang berlaku. Habis tu nak tunggu kes kena bunuh depan mata baru nak tolong ke?

“Dah lah mangsa ditumbuk, kena pergi tiga tempat untuk selesaikan..”

Selepas itu, Intan membuat aduannya di balai polis yang berdekatan. Tetapi memandangkan kesnya di luar kawasan, Intan diarah untuk membuat check up dahulu, kemudian datang semula untuk membuat report dan perlu berjumpa dengan pegawai tertentu di Dang Wangi. Fuhhh!

Perkongsian ini mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya bersimpati terhadap Intan. Ada juga netizen yang memaklumkan bahawa gadis itu sebenarnya tidak waras.

Koomen 2 E1508560121814

Koomen 1 E1508560111610
sumber: facebook

Kesian akak ni.. Lagi kesian bila tiada siapa yang tolong dia.. Harapnya lepas ini kita semua dapat tolong sesiapa je yang memerlukan ya..

Baca: Lelaki Sakit Mental Mohon Maaf Selepas Membunuh Tukang Cuci di Rumah Sendiri

Mental Bunuh Tukang Cuci

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.