in

Seminggu Diculik, Remaja 17 Tahun Dirogol Berkali-kali Kerana Kekasih Tak Bayar Hutang

Fi Dadah5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kita perlulah sentiasa berhati-hati dalam memilih rakan. Hal ini adalah supaya dapat mengelakkan kita daripada terlibat mahupun menjadi mangsa kepada masalah yang dihadapi oleh rakan itu.


Terbaru, menurut The Star, seorang remaja perempuan telah diculik dan dikurung gara-gara kekasihnya gagal membayar hutang.

Menurut NST, penderitaannya berakhir apabila kediaman tempat dia dikurung oleh penjenayah terbabit telah diserbu oleh polis pada pagi semalam yang terletak di Kuala Sungai Yan, Yan, Alor Setar. Remaja malang itu telah ditemui dalam keadaan lemah, trauma dan ketakutan.

Dadah4Blur
gambar hiasan

Mangsa yang berusia 17 tahun itu bukan sahaja diculik oleh seorang pengedar dadah yang berusia 50an, tetapi lebih malang lagi dia telah dirogol berkali-kali oleh enam orang lelaki. Berdasarkan kenyataan remaja itu, dia telah dikurung di dalam stor rumah selama seminggu dan dirogol selagi kekasihnya tidak membayar hutang dadah kepada pengedar tersebut.

Dadah8
gambar hiasan

Melalui serbuan tersebut, polis berjaya menangkap pengedar dadah itu bersama lima orang lelaki lain yang berusia dalam lingkungan 20an hingga 50an yang berada di dalam rumah itu.

Suspek utama yang ditangkap ada di dalam senarai dikehendaki polis di atas 33 kes jenayah termasuk mengugut, pemilikan senjata berbahaya, rompakan, pengedaran dadah dan pecah rumah.

Dadah6
gambar hiasan

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Asisten Komisioner Mior Farid Al Athrash Wahid memberitahu bahawa pasukan polis telah mendapat maklumat mengenai penculikan itu pada Isnin lalu.

Kami percaya kes ini terjadi apabila kekasih mangsa gagal membayar hutang. Akibatnya, remaja itu diculik.”

Selain itu, pihak polis akan menyoal siasat kekasih remaja tersebut kerana dipercayai mengetahui hal penculikan mangsa tetapi tidak melaporkan kepada polis Sementara itu, di dalam serbuan itu, polis telah menyita sebuah kereta Proton Perdana dan kereta BMW, dua buah motosikal berkuasa tinggi, topi keledar, beberapa biji telefon bimbit, televisyen, dan pembesar suara yang dipercayai semuanya telah dicuri.

Dadah1
sumber: nst
Dadah2
sumber: nst

Difahamkan kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 376 dan 342 Kanun Keseksaan atas jenayah merogol dan menculik.

Aduhai… Kesiannya.. Boyfriend dia yang berhutang, dia pulak yang kena.

Nota: Gambar yang digunakan adalah sekadar hiasan.

Baca: Wanita di Klang Diculik Oleh Penculik Yang Menyamar Sebagai Penghantar Barang

Dadah7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.