in

Sekumpulan Remaja Lelaki Belasah Gadis Hanya Kerana Terserempak Dengan Mereka

Featured

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Sekumpulan Remaja Lelaki Belasah Gadis Hanya Kerana Terserempak Dengan Mereka
Loading
/

Perbalahan sehingga masing-masing menunjukkan kekerasan bukanlah jalan yang terbaik untuk menyelesaikan segalanya. Apatah lagi jika isu yang perlu diselesaikan itu hanya memerlukan sedikit perbincangan.


Baru-baru ini, sebuah video tular di internet, menunjukkan sekumpulan remaja lelaki membelasah seorang gadis. Video itu menjadi perhatian ramai sehinggakan mendapat 11 juta tontonan di Facebook.

Menurut post tersebut, kejadian itu berlaku di Suwinthawong Road, daerah Min Buri yang merupakan salah satu daerah di Bangkok, Thailand.

Sekumpulan remaja memukul seorang gadis, hanya kerana dia berjalan dan terserempak dengan mereka.”

Pukul0

Seorang pejalan kaki di kawasan itu ternampak insiden yang berlaku dan terus merakamkan video. Lebih daripada 10 orang lelaki mengelilingi gadis itu dan memukulnya dengan kejam, sehinggakan dia dilihat terbaring di atas jalan.

Pukul1

Sekumpulan remaja itu, malah menendang gadis berkenaan tanpa belas kasihan dan menggunakan helmet untuk menyerangnya.

Pukul3

Pukul4

Gadis itu boleh didengari menjerit dengan kuat dan bercakap dalam bahasa Thai, namun mereka tidak mempedulikannya dan terus menerus menyerang. Video berdurasi 25 saat itu kemudian tersebar luas di media sosial Thai.

Ramai netizen yang menyelar tindakan sekumpulan remaja tersebut, malah salah seorang netizen yang memberikan komen itu adalah individu yang merakamkan dan kongsikan video ini di laman Facebook. Dia berkata,

Saya mahu tolong tetapi saya bukanlah seorang hero. Saya hanya seorang berbanding dengan mereka yang ramai. Jika saya bersama lima atau enam lagi individu, kami pasti sudah menolongnya. Namun memandangkan saya berseorangan, jika saya menuju ke arah mereka saya tidak akan dapat menolongnya. Saya merakamkan kejadian ini untuk membuat laporan polis.”

Macam mana dorang boleh takde hati dan perasaan eh? Kekejaman bukan penyelesaian terbaik, ingat tu!

Tonton video di bawah ini:

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.