in

Sekolah di Hulu Langat Cetus Kemarahan Orang Ramai Kerana Asingkan Cawan Untuk Pelajar Mengikut Agama

Cawan Sekolah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak di bangku sekolah lagi kita seharusnya diajar untuk menghormati dan menjaga sensitiviti kaum lain. Namun sebuah sekolah di Hulu Langat telah mencetuskan kemarahan orang ramai apabila dikatakan menyentuh isu agama serta perkauman.


Sebuah gambar yang dimuat naik di Facebook baru-baru ini tular di media sosial dan didakwa menyentuh sensitiviti agama selain mendorong kepada kebencian terhadap kaum lain. Menurut mStar, gambar itu menunjukkan dua gelas yang dilabel dengan ‘murid Islam’ dan ‘murid bukan Islam’ diletakkan bersebelahan dengan dispenser air.

C1
sumber: facebook
C2
sumber: facebook

Gambar tersebut dikatakan diambil di sebuah sekolah rendah di Hulu Langat dan telah dimuat naik oleh anggota Majlis Perbandaran Seberang Perai, Satees Muniandy yang membantah polisi di sekolah berkenaan.

“Lihat sendiri bagaimana kebencian dipupuk ke dalam hati kanak-kanak! Kakak-kanak diajar supaya tidak menggunakan cawan yang digunakan oleh pelajar yang berlainan agama. 

Susulan itu, ibu bapa serta netizen lain menyatakan rasa marah mereka dan berkata bahawa pihak sekolah tidak seharusnya berbuat sedemikian.

“Isu cawan ini dan isu pelajar bukan Islam makan di tandas tu, saya memang tak setuju 100%. Walaupun saya orang Islam dan saya orang Melayu kerana Islam tidak mengajar untuk berbuat begitu.”

“Tak lama lagi ada kerusi Islam dan bukan Islam, jamban Islam dan bukan Islam silap haribulan akan ada pula jalan untuk orang Islam dan bukan Islam.”

Cawan2
sumber: fmt

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid ketika ditemu bual berkata, pihak pentadbir sekolah seharusnya berperanan sebagai agen pemurnian dalam mewujudkan perpaduan serta menjaga sensitivi kepelbagaian kaum.

“Tindakan pentadbir dilihat tidak bertepatan serta bersesuaian dengan peraturan dan pekeliling Kementerian Pendidikan sedia ada.”

“Mereka (pentadbir sekolah) tidak boleh buat peraturan sendiri sebaliknya perlu merujuk dengan pihak kementerian dahulu jika hendak melakukan sesuatu.”

Bagaimanapun, menurutnya isu itu dikatakan telah pun diselesaikan di peringkat jabatan.

Kalau dari kecik dah diajar sebegitu, masakan tidak sensitiviti agama dan isu perkauman masih berlaku di Malaysia.

Baca: Netizen Berdebat Mengenai Soalan Peperiksaan Darjah 1 yang Menunjukkan Sifat Perkauman

Page 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.