Sedih… Ibu Ini Hanya Sempat Menyusukan Anak Baru Lahir Beberapa Hari Sebelum Lumpuh

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Inilah gambaran dugaan menimpa seorang ibu yang baru melahirkan anak tetapi hanya dapat menyusukannya selama beberapa hari sahaja.

Menurut Berita Harian, seorang wanita bernama Meriam Zakaria telah jatuh sakit dan hilang upaya untuk bercakap dan menguruskan diri sendiri 18 hari selepas melahirkan anaknya yang keempat.

Gambar hiasan

Ibu itu, 37, telah disahkan menghidap penyakit Symptomatic Hypokalemia iaitu  kekurangan nutrisi dan garam dalam badan. Penyakit yang dihidapi ini bukan sahaja menyebabkannya lumpuh tetapi turut membuatkan ibu malang ini tidak dapat bercakap dan hilang ingatan.



Menurut suaminya, Mohd Zaki Ismail, 37, tangan Meriam kerap menjadi lemah dan kaku semenjak melahirkan anaknya yang ketiga. Namun, selepas mendapat rawatan, dia akan kembali pulih seperti sedia kala.

Walau bagaimanapun, kesihatan Meriam semakin merosot selepas melahirkan anaknya yang keempat, Nur Fathia Izara. Dia mula kerap muntah serta tangannya menjadi semakin lemah dan tidak bermaya. Meriam kemudian tidak sedarkan diri dan disahkan lumpuh seluruh badan selepas dibawa ke hospital untuk rawatan.

Sumber: Berita Harian

Melalui pemeriksaan doktor, mereka mendapati Meriam tidak dapat bercakap kerana oksigen tidak sampai ke bahagian otaknya.

Saya tidak sangka kali ini, keadaannya menjadi teruk sehingga hanya terlantar tanpa mampu membuat apa-apa,” kata Zaki.

Suaminya memberitahu bahawa Meriam sekarang memakai lampin pakai buang dan hanya minum susu khas yang disalurkan melalui hidung. Menurutnya lagi, isterinya itu memerlukan katil khas bagi memudahkan pergerakan, namun kerana kekangan kewangan, dia hanya meminjam katil daripada saudara sahaja.

Zaki yang bekerja sendiri di bengkel kimpalan di Lubok Stol, Rantau Panjang, mengakui pendapatannya tidak cukup untuk menampung barang keperluan isteri dan empat orang anaknya.



Buat masa ini, mereka sekeluarga sedang menumpang di rumah kakak Zaki bagi memudahkan urusan penjagaan isteri dan anak-anaknya.

Kesian ibu tu sakit hingga tidak dapat menguruskan diri sendiri. Kesian juga pada anaknya yang masih kecil, tidak dapat belaian dan kasih sayang daripada seorang ibu. Semoga Encik Zaki akan terus tabah menghadapi dugaan ini.

Baca: Ibu Lumpuh, Anak Ini Pikul Tanggungjawab Besar Pada Usia 12 Tahun

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Amalina Zainal

Seorang yang optimis dan teliti serta berkemahiran dalam berkomunikasi; boleh bekerja dalam pasukan, berfikiran terbuka dan seorang yang menepati masa.