in

“Sedap suara… merecik!” – Abang Polis Bersuara Merdu Jadi Kegilaan Gadis-gadis

Sayang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Sedap suara... merecik!" - Abang Polis Bersuara Merdu Jadi Kegilaan Gadis-gadis
Loading
/

Kalau dulu ramai jejaka yang terpaut hati dengan kecantikan kakak bomba lakukan kerja berat, kini ramai pula gadis-gadis yang cair selepas melihat abang polis bersuara merdu menyanyikan lagu-lagu cinta di media sosial.


Tidak menyangka video nyanyiannya menjadi perhatian ramai, Qua Anwari ataupun nama sebenarnya, Mohamad Aqwa Anwari Ab Rahman, 25, kini tak henti-henti menerima notifikasi daripada netizen yang tag video tersebut ke laman Facebook peribadinya, lapor Harian Metro.

Qua 2
sumber: instagram

Semuanya bermula apabila rakan sejawat Qua di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara telah merakam dirinya sedang menyanyikan lagu bertajuk Dia Milik Orang nyanyian Harry Khalifah. Video yang dirakam tanpa pengetahuan Qua itu kemudian dimuat naik di Facebook sebelum ia menjadi tular di media sosial.

Netizen yang mendengar lagu-lagu nyanyiannya telah memuji suara Qua yang ternyata sedap seperti seorang penyanyi. Ramailah peminat abang polis ni… gadis-gadis mesti suka!

Bang Komen Polis
sumber: facebook

Apa yang lebih mengejutkan, Qua juga mengakui dulu dia pernah bergelar seorang artis rakaman. Namun impiannya untuk meneruskan karier tersebut tidak kesampaian.

Saya pernah merakamkan satu album pada 2010 bertajuk Kekasihku yang mengandungi 10 lagu termasuk lagu ‘killer‘, Kekasih dengan menggunakan nama Qua Anwari.

“Tetapi mungkin bukan rezeki saya kerana kurang mendapat sambutan dan saya pun sebenarnya tidak patah semangat atas kegagalan album berkenaan,” katanya.

Qua 3
sumber: instagram

Qua yang pernah bernaung di bawah syarikat NSR Record pada tahun 2010 telah mengakhiri kontraknya pada 2015 sebelum memilih untuk menceburi kerjaya di bahagian unit beruniform iaitu polis.

Qua juga mengakui yang dia memang minat dalam bidang nyanyian dan sering terlibat dalam kumpulan dikir barat di kampung halamannya dekat Kota Bharu, Kelantan.

“Nyanyian memang sudah sebati dalam diri saya dan tidak menolak sekiranya ada rezeki dalam bidang nyanyian untuk saya selepas ini,” kata anggota polis yang juga anak sulung kepada dua beradik ini.

Sungguhpun sudah mula mendapat perhatian ramai, Qua kini lebih mengutamakan tugas hakikinya sebagai anggota polis, selain turut terlibat dalam kumpulan muzik di IPD tersebut.

“Sekarang ini memang sukar untuk menjadi penyanyi kerana terlalu banyak saingan. Bagaimanapun, saya tidak akan putus asa.

“Bagi saya ia rezeki masing-masing. Mungkin ini (nyanyian tular) adalah semangat baru untuk saya kembali dalam dunia nyanyian,” kata Qua yang juga meminati genre ‘slow rock’.

Qua 1
sumber: instagram

Qua Anwari kini bertugas sebagai anggota polis di IPD Johor Bahru Utara sejak setahun lalu selepas tamat latihan polis.

Patutlah gegadis dua tiga hari ni rajin benar bukak Facebook dan melayan nyanyian Qua. Boleh tahan sedap juga suaranya! 

Baca: “Dalam banyak-banyak api, api cinta kita tak dapat awak padamkan” – Dua ‘Awek’ Bomba Curi Perhatian Ramai

Bomba

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.