in

“Sayang tutup aurat tak sempurna” – Gadis ‘Beauty With Brain’ Dikecam Selepas Gambar Konvokesyen Tular

Aina W

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kisah remaja tempatan yang cemerlang dalam bidang pelajaran sering tular di media sosial dan menjadi inspirasi buat semua di luar sana. Namun ada juga segelintir netizen seakan-akan tidak senang dengan kejayaan yang dicapai mereka dan menjadikan alasan ‘aurat’ sebagai lesen untuk mengecam. Itulah yang terjadi kepada seorang pelajar selepas kisah kejayaannya tular di media sosial baru-baru ini.


Menurut mStar, Aina Nurfazlen Jamiaan, 22, telah menerima komen negatif daripada netizen selepas gambarnya menyarung jubah graduasi tular di Twitter.

Dm Th Uuiaaqww2
sumber: twitter
Dm
sumber: twitter

Dalam posting yang dimuat naik pengguna @silly_boney, Aina telah digelar sebagai gadis ‘beauty with brain’ kerana telah mencapai pelbagai anugerah cemerlang sepanjang melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang Pengurusan Hartanah.

Jubah Kecam
sumber: twitter

“Pada awalnya, ‘junior’ saya menulis tentang kejayaan saya merangkul beberapa anugerah sepanjang meneruskan pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Seri Iskandar menerusi Twitter untuk memberi inspirasi kepada pelajar UiTM.

“Namun, apabila pengendali laman Facebook memuat naik semula gambar-gambar itu ke akaun mereka, netizen memberi reaksi berbeza,” katanya kepada mStar.

Aina yang juga berasal dari Cheras, Kuala Lumpur ini berkata, dia amat terkilan dengan komen negatif yang dilemparkan daripada pemilik akaun Facebook berkenaan walaupun individu tersebut mempamerkan imej seakan-akan seorang yang alim.

Walau bagaimanapun, entri Facebook yang bertulis, “Tiadalah lawa mana, pergi m*****” itu dilaporkan sudahpun dipadam.

Aina 2
sumber: instagram

Tidak cukup dengan itu, dia juga menerima komen yang hampir sama di laman Twitter di mana netizen menegur cara pemakaiannya yang tidak sempurna dalam menutup aurat.

Yyy
sumber: twitter

Bersabarlah Aina! 

Sungguhpun begitu, Aina akui tidak terlalu memikirkan tentang komen-komen negatif yang diterimanya. Lebih menyedihkannya ialah apabila komen tersebut telah mengguris hati kedua ibu bapa kepada penerima Anugerah Naib Canselor ini.

Aina Konvo 1
sumber: instagram
Aina Konvo 2
sumber: instagram

“Saya memilih untuk diam atau membalas komen dengan bahasa yang lebih baik kerana jika kita balas dengan ayat kasar, perkara itu akan melarat.

“Bila ada orang kecam kita, ramai lagi yang berikan kata-kata semangat. Kenapa kita nak fokus pada yang negatif?”

Bukan senang nak jadi positif seperti Aina ni tau! 

Apa-apapun, kini Aina ternyata lebih fokus akan masa hadapannya kerana telah mendapat tawaran dari Universiti Teknologi Queensland, Australia untuk melanjutkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang Ekonomi Hartanah.

Dm
sumber: instagram

Dia cuma berharap agar kisahnya dalam mencapai kejayaan mampu menjadi motivasi buat pelajar untuk sentiasa berusaha bagi mendapat keputusan cemerlang dalam pelajaran.

Pelajarilah apa yang baik dari Aina. Begitu banyak pengorbanan yang dilakukannya untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Ikuti laman Twitter @ainafazlen95 untuk baca kisah inspirasinya. 

Baca: Foto Berhijab Tetapi Nampak Rambut Cetus Kontroversi, Netizen Fikir Neelofa Ingin Buka Tudung

Lofa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.