in

“Saya tidak tahu dia sebenarnya seorang lelaki….”

Pondan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tiada yang lebih mengecewakan (dan menyakitkan hati) daripada mengetahui bahawa pasangan yang dicintai merupakan kaum sejenis selepas hampir setahun menjalinkan hubungan cinta.


Itulah yang terjadi kepada seorang lelaki bernama Rizki Budian, 26, dari Pangkalan Bun di Indonesia. Perkenalan melalui media sosial membuka hatinya untuk mengenali seorang gadis bernama Lauren.

Menurut Rizki, mereka berdua sudah lapan bulan menjalin cinta namun mengaku jarang bertemu kerana jarak yang memisahkan. Kekasihnya, Lauren, 21 tinggal di kampung Manis Mata yang terletak di Ketapang manakala Rizki menetap di Pinang Merah, Pangkalan Bun.

Pertemuan antara mereka berdua hanya berlaku dua kali dalam masa satu bulan. Setiap kali bertemu, Rizki akui tidak pernah berasa curiga memandangkan Lauren sendiri mengaku dirinya sebagai seorang perempuan.

Setiap kali pertemuan, Lauren akan memakai tudung membuatkan Rizki lebih yakin dan tidak mengesyaki apa-apa mengenai kekasih hatinya itu selama menjalinkan hubungan terlarang ini.

Pondan4

Menurutnya, perwatakan Lauren jika dilihat dengan mata kasar memang mampu membuat lelaki tertipu. Gerakan badannya yang lemah lembut membuatkan Lauren nampak seperti seorang gadis yang ayu.

Dia nampak seperti seorang perempuan. Dia mempunyai rupa yang cantik, kulit yang putih dan gebu serta badan tinggi lampai yang melentik,” katanya.

Selepas beberapa bulan, hubungan antara mereka berdua semakin rapat.

Khamis lalu, mereka berdua telah ditangkap khalwat di kawasan gelap Pangkalan Bun Park oleh Jabatan Agama Pangkalan Bun. Elok lah pun!

Ketika itulah, baru rahsia Lauren terbongkar dan Rizki mengetahui bahawa ‘gadis’  yang digila-gilakan selama ini merupakan seorang lelaki! Dalam keadaan terkejut, dia tidak mampu berkata apa-apa selain hanya mengakui bahawa turut tertipu dengan Lauren.

Saya tidak tahu dia sebenarnya seorang lelaki. Saya menyesal dan berasa sangat malu,” kata Rizki ketika ditahan di Balai Polis Pangkalan Bun.

Pondan3

Pondan1

Walau bagaiamanapun, mereka berdua tidak dihadapkan di mahkamah atau didenda kerana kekurangan bukti dari pihak berkuasa. Menurut pegawai itu, ketika ditangkap pasangan itu tidak berada di dalam keadaan bogel dan berpakaian lengkap.

Dalam pada itu, Lauren ketika ditahan di balai polis turut akui sangat mengasihi kekasihnya itu.

Saya sangat menyayangi Rizki, jadi bermacam cara saya lakukan supaya dia tidak curiga termasuk mengambil pil kontrasepsi,” katanya.

Pihak keluarga kemudian dihubungi bagi menandatangani surat keterangan dan Lauren atau nama sebenarnya, Ahmad Subandi hanya diberi teguran sebelum dibebaskan.

Nasib baik lapan bulan, kalau lapan tahun bercinta, nak ajak kahwin tak ke meraung lelaki tu. So, kesimpulannya jangan mudah percaya dengan perwatakan yang ayu serta lenggok badan yang menggoda. Haha!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.