in

“Saya tidak lagi layak menggunakannya,” – Dr. Mahathir, Isteri Rela Hati Pulangkan Darjah Kebesaran

Mahathir Feature
KUALA LUMPUR 01 JUN 2012 - Temubual bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Siti Hasmah Mohd Ali di Global Peace Foundation, Jalan Perdana di sini, hari ini. Gambar: Abdul Razak Latif / Pemberita: Shazryn (Hiburan), Sofiatul Shima (Kosmo! Ahad), Maliah (Hiburan Kosmo!).

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Saya tidak lagi layak menggunakannya," - Dr. Mahathir, Isteri Rela Hati Pulangkan Darjah Kebesaran
Loading
/

Semua sedia maklum bahawa pada bulan Oktober yang lalu, Dr. Mahathir telah menimbulkan kemarahan pelbagai pihak termasuk Sultan Selangor kerana kenyataan beliau mengenai bangsa Bugis.


Kemurkaan Sultan Sharafuddin Idris Shah telah menyebabkan Dr. Mahathir Mohamad dan isterinya Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali bertindak memulangkan pingat yang diterima daripada Sultan Selangor yang dilihat sebagai langkah awal sebelum ianya ditarik, lapor Astro Awani,

Menurut Harian Metro, pada Khamis lalu, Dr. Mahathir telah memulangkan dua darjah kebesaran yang telah dikurniakan kepada beliau kepada pegawai kanan di pejabat Sultan Selangor di Istana Alam Shah, Klang.

Setiausaha Dewan di-Raja Selangor Hanafisah Jais mengesahkan telah menerima pemulangan kembali darjah dan bintang kebesaran Selangor daripada mantan perdana menteri itu dan isterinya tanpa sebarang masalah dan halangan.

“Tindakan mewartakan pembatalan kurniaan darjah dan bintang kebesaran Selangor itu akan dilakukan mengikut prosedur serta proses yang ditetapkan,”

Free Malaysia Today, melaporkan bahawa Dr. Mahathir dengan rela hati memulangkan darjah kebesarannya kerana berasa dirinya tidak lagi layak untuk memegang gelaran itu.

“Kenapa saya pulangkan pingat itu? Saya tidak rasa baginda fikir saya layak memakai gelaran pingat kurniaan itu. Begini, saya dikurniakan pingat itu kerana baginda fikir saya layak menerimanya, tetapi sekarang saya sedang membakar seluruh negara, jadi saya fikir saya tidak lagi layak menggunakannya.”

Dr Mahathir Siti Hasmah
sumber: the malaysian times

Sementara itu, mengikut jejak langkah suaminya, Dr. Siti Hasmah menjelaskan bahawa Dr. M tidak memaksanya untuk memulangkan kurniaan itu kepada istana.

Dia tidak paksa saya. Saya sukarela memulangkan kurniaan itu kepada istana. Sebab saya fikir bila suami saya dah terasa begitu, saya sebagai isteri patut bersimpati dengannya dan menyokong hasratnya.”

Dr. Mahathir yang merupakan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah menerima dua pingat iaitu pada 1978 dan 2003. Salah satu daripadanya adalah Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor SPMS) (Kelas Pertama).

Dr. Siti Hasmah pula memulangkan Darjah Datuk Paduka Mahkota Selangor dan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor yang dianugerahi daripada Sultan Selangor pada 1983 dan 1994.

Baca: “Tohmahan ini menghina salasilah dan keturunan…” Sultan Murka Kenyataan Tun Mahathir Hina Kesultanan Selangor

Chedet

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.