in

“Saya tahu saya bersalah” – Guru Terharu Pelajar Berani Hantar Surat Maaf Kerana Terlanggar Kereta

Merah Keretanya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bukan mudah nak mencari orang jujur di zaman ini. Kebanyakannya lebih suka menipu dan kalau sudah buat salah, ada saja yang mencari jalan untuk melarikan diri. Bukannya berhadapan dengan kesalahan yang telah mereka lakukan.


Namun, lain pula yang berlaku kepada seorang guru dan pelajar ini. Menerusi perkongsian Muhammad Hafidz Hakimy Md Arif di Facebook, dia kagum dengan sikap seorang pelajar yang sanggup berterus terang setelah terlanggar kereta miliknya.

Status
sumber: facebook

Bercerita mengenai kejadian tersebut kepada Harian Metro, Hafidz Hakimy, 32, berkata, semuanya berlaku pada dua minggu lalu semasa dia pulang ke rumah ibunya di Kampung Titi Gajah, Alor Setar, Kedah.

Pada 3 November lalu, kira-kira jam 3 petang, Hafidz yang juga seorang guru j-QAF di Sekolah Kebangsaan Pokok Sena, Kepala Batas sedang memandu Chevrolet Aveo merah di persimpangan jalan sebelum kereta tersebut dilanggar sebuah motosikal di bahagian hadapan.

23559693 1756307071047406 8661551668521357998 N
sumber: facebook

Pun begitu, penunggang berkenaan tidak pula memberhentikan motosikalnya malah meneruskan perjalanan tanpa mengendahkan Hafidz.

“Saya tidak mengambil sebarang tindakan kerana hanya terdapat kesan calar di bahagian depan saja,” katanya.

Walau bagaimanapun, Hafidz terkejut setelah menerima sehelai kertas dengan tulisan dakwat merah yang diletakkan di pelantar rumah ibunya pada keesokan harinya.

23519224 1756307064380740 162101914584549314 N
sumber: facebook

Surat tersebut bertulis,

“Petang tadi saya rasa kereta tuan/puan yang langgar motor saya. Kalau salah kereta minta maaf. Kalau betul pun saya nak minta maaf juga. Saya tahu saya yang bersalah petang tadi. 

“Saya terus jalan saja sebab tak mahu perbesarkan kes ini. Motor saya tak ada apa-apa, cuma kaki saya saja terkena kereta tuan/puan sikit. Tapi tak ada apa pun. Kalau kereta tuan/puan ada calar sikit ke, banyak ke, saya minta maaf sangat-sangat.

“Saya nak ambil peperiksaan SPM tiga hari lagi. Sekali lagi saya nak minta maaf. Kalau ada salah dengan manusia ini kita kena minta maaf dengan dia sebab itu salah kita dengan dia. Tak boleh nak minta maaf dengan Allah.

“Saya harap tuan/puan maafkanlah. Jangan doakan yang pelik-pelik sebab saya nak ambil SPM. Saya harap tuan/puan redha dengan kesalahan saya.” 

23658364 1756307067714073 7049304948319765346 N
sumber: facebook

Namun begitu, Hafidz yang pernah menjadi Juara Cari Menantu Siri 2 (TV3) tidak menyimpan dendam atau amarah, malah memaafkan pelajar berkenaan dan kagum dengan kejujurannya dalam menulis surat untuk memohon maaf walaupun tidak berjumpa dengannya secara berhadapan.

Susulan daripada kejadian itu, Hafidz menasihatkan pelajar berkenaan untuk berhati-hati apabila menunggang motosikal kerana usianya yang masih muda. Dia juga sempat mendoakan semoga remaja itu cemerlang dalam peperiksaan SPM.

Kereta Merah
sumber: harian metro

Perkongsian Hafidz telah mendapat pelbagai komen positif daripada netizen yang memuji sikap baik pelajar tersebut yang berani berterus terang. Untunglah dik, awak dapat banyak doa daripada orang ramai! 

Gggg
sumber: facebook

Sikap jujur adalah sikap terpuji yang patut ada pada setiap manusia. Lebih baik mengaku kesalahan daripada baling batu sembunyi tangan. Besar pahalanya tau! 

Baca: Gadis Jujur Tunggu Sejam Untuk Beritahu Pemilik Kereta Tercalar, Dibalas Dengan Biasiswa Kolej 4 Tahun

Langar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.