in

“Saya sayang awak” – Suami Kongsi Detik Cemas Isteri Hanyut Dibawa Arus Deras di Sungai Buloh

Mati Lemas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Disebabkan cuti panjang bersempena Tahun Baru Cina beberapa hari lepas, ramai di antara kita yang mengambil kesempatan ini untuk pulang ke kampung halaman atau beriadah bersama ahli keluarga di tempat yang menjadi tumpuan ramai seperti di tepi sungai atau pantai.


Namun siapa dapat menyangka, kegembiraan memancing bersama keluarga akhirnya bertukar menjadi tragedi selepas lima orang dikhuatiri lemas ketika memancing di Sungai Gasi berhampiran Kem Tentera Sungai Buloh sekitar jam 5 petang semalam, lapor MMO.

Kejadian yang dikatakan berpunca daripada arus deras itu melanda dengan tiba-tiba selepas hujan turun dengan lebatnya di kawasan berkenaan. Susulan tragedi itu, dua mayat telah dijumpai manakala tiga lagi terselamat dan empat lagi masih belum ditemui. 

Mangsa Memancing2002
sumber: mmo

Mohd Rizal Mat Desa, 31, salah seorang daripada mangsa yang terselamat telah berkongsi detik cemas ketika dia dan isterinya terpisah selepas mereka terlepas genggaman tangan sehingga menyebabkan isteri mangsa, Shilawati Zailan, 31, dihanyutkan air yang datang secara tiba-tiba.

“Saya sempat berpaut dengan isteri saya sebelum terlepas tangannya hingga dia dibawa arus,” jelasnya.

Image 6
sumber: utusan online

Dalam keadaan hiba, Mohd Rizal memberitahu bahawa dia yang turut dihanyutkan arus deras walau bagaimanapun sempat menyelamatkan diri dengan berpaut kepada dahan sebatang pokok dalam keadaan hujan lebat. Selepas beberapa ketika, mangsa kemudian terlihat tangan isterinya dan terjun semula ke dalam sungai untuk menyelamatkannya, namun dia tidak berjaya. 

Menurut mangsa yang bekerja sebagai pemandu lori, sebelum kejadian berlaku dia sempat menasihati isterinya agar tidak meneruskan niat untuk memancing kerana berasa tidak sedap hati.

Seperti yang sudah dijangka, kejadian yang tidak diingini itu berlaku dan isterinya sempat mengucapkan sesuatu dalam kekalutan sebelum hilang dibawa arus deras.

Saya sayang awak,” kata Shilawati, isteri mangsa yang dikahwininya 10 tahun lepas dan dikurniakan dua cahaya mata bersama.

 Aduhai… sedihnya! 

Rizalll
sumber: utusan online
Rizal 2
sumber: utusan online

Dalam pada itu, mangsa yang lain, Jeleha Hashim, 53 berkata, dia juga hanya sempat melihat isterinya terkapai-kapai di dalam air yang deras sebelum hilang daripada pandangan. Menurutnya, dia bersama isteri dan anak buahnya, Shilawati terlebih dahulu merancang untuk memancing sebelum Rizal tiba di situ 15 minit kemudian.

Walau bagaimanapun, air yang deras datang secara tiba-tiba dan dia hanya sempat berpaut pada tiang jambatan untuk mengelakkan diri daripada hanyut seperti mangsa yang lain.

Sehingga ini, misi mencari dan menyelamat empat yang hilang masih diteruskan, manakala keluarga mangsa yang terkorban pula sudah dipanggil untuk membuat pengecaman mayat.

Bomba Tragedi Memancing2002
sumber: mmo

Semoga mangsa yang terlibat tabah menghadapi dugaan ini…

Baca: Ibu Bapa Tak Sedar, Anak Kecil Keluar Rumah Lemas Selepas Tergelincir Jatuh Sungai

Lemas 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.