in

“Saya rasa tertipu” – Wanita Dipaksa Kerja 12 Jam Setiap Hari Tanpa Cuti Tidak Dibayar Gaji

Wanita

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Seringkali kita dengar, peribahasa ini jelas menggambarkan warga asing yang berpusu-pusu ke negara kita untuk mencari kehidupan yang lebih baik. Sanggup meninggalkan kampung halaman, mereka menaruh harapan tinggi untuk mencari rezeki.


Nekad mahu mengubah nasib diri, golongan ini selalunya mahu mengumpul wang sebanyak mungkin untuk dikirim pulang ke negara asal. Menurut The Star, berbeza daripada apa yang diharapkan, seorang wanita warga Filipina dipaksa bekerja setiap hari tanpa dibayar gaji walau satu sen!

Tiga Kerja
sumber: mstar

Berhijrah ke Malaysia untuk mencari pekerjaan, Jessica (bukan nama sebenar) dijanjikan kerja sebagai seorang kerani pejabat yang bergaji bulanan sebanyak RM2,000 oleh seorang ejen yang berpengkalan di Filipina.

Gadis berusia 22 tahun itu difahamkan terpaksa membayar yuran pendahuluan sebanyak RM2,500 kepada ejen tersebut. Selain itu, perjanjian asal yang dipersetujui adalah permit bekerja untuk tempoh dua tahun di Malaysia yang bernilai RM10,000 akan ditanggung sama rata oleh Jessica dan bakal majikannya.

Tiga 1
sumber: mstar

Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Jessica dibawa kepada majikan yang kemudiannya memberitahu bahawa dia perlu melakukan tiga pekerjaan iaitu sebagai seorang pelayan, penyambut tetamu dan kerani di tiga lokasi berbeza.

“Saya dibawa ke Puncak Alam di Shah Alam untuk bekerja sebagai seorang kerani. Selepas beberapa tempoh, saya dipindahkan ke Petaling Jaya, Selangor dan Johor Bahru untuk bekerja sebagai penyambut tetamu dan pelayan.”

Dipaksa bekerja selama 12 jam sehari dan tujuh hari seminggu tanpa sebarang cuti, majikan langsung tidak membayar gaji kepada Jessica seperti yang dijanjikan. Setiap kali ditanya mengenai gaji, majikan tersebut menabur janji palsu dengan mengatakan bahawa gaji akan dimasukkan ke dalam akaun wanita itu.

Tiga 2
sumber: mstar

Saya rasa tertipu. Saya dan rakan serumah hanya makan sekali sehari dan tiada wang untuk beli syampu.” 

Sedar bahawa kegiatan bekerja tanpa permit adalah satu kesalahan di sisi undang-undang Malaysia, Jessica juga sering bertanya tentang permit pekerjaan kepada majikan berkenaan. Pun begitu, majikan tersebut hanya menjawab bahawa Jessica akan mendapat permit tersebut pada bulan hadapan.

Jessica dan rakannya berharap dapat menerima gaji mereka secepat mungkin supaya mereka dapat pulang ke Filipina untuk menyambut Krismas.

Sentiasa berhati-hati memilih agensi pekerjaan agar tidak ditipu ejen yang tidak bertanggungjawab dan mahu mengambil kesempatan di atas orang ramai.

Baca: Pekerja Asing Kongsi Kisah Duka Ditipu Majikan, Dipaksa Bekerja dan Tinggal di Rumah Busuk

Lina

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.