in

“Saya menaja berjuta-juta… suka-suka korang je kutuk saya kedekut” – Aliff Syukri

Alif Ngamuk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Saya menaja berjuta-juta... suka-suka korang je kutuk saya kedekut" - Aliff Syukri
Loading
/

Inilah yang dikatakan, rumah siap tapi pahat berbunyi. Pertandingan AF Megastar baru saja melabuhkan tirainya pada Ahad lepas, namun ramai di antara penonton khususnya netizen meluahkan rasa tidak puas hati berikutan isu hadiah yang diberikan kepada pemenang.


Idayu selaku juara bagi pertandingan akhir rancangan tersebut telah memenangi hadiah wang tunai, trofi dan pakej percutian ke Turki. Walau bagaimanapun, empat finalis lain hanya pulang dengan tangan kosong tanpa hadiah penghargaan.

Idayu 1
sumber: bh
Idayu 2
sumber: bh

Ekoran dari kejadian itu, rata-rata netizen telah melemparkan kecaman kepada Datuk Seri Aliff Syukri selaku penaja utama rancangan tersebut sebagai kedekut, lapor mStar. Alamak! Ye ke Datuk Aliff kedekut?

Af Megastar
sumber: instagram

Berang dengan kecaman yang diterima, Aliff muncul dengan status dan video di Instagram untuk menjelaskan bahawa sungguhpun dia menaja jutaan ringgit kepada program tersebut, namun dia tidak mempunyai hak untuk menentukan hadiah yang bakal diberikan kepada pemenang. Ish korang ni kesian tau Datuk Aliff asyik kena kecam je! 

Double Aliff
sumber: instagram

“Jangan salahkan saya… kalau anda rasa hebat sangat, anda sahaja yang taja!

“Saya menaja berjuta-juta (ringgit)… hak hadiah semua bukan hak saya… suka-suka korang je nak kutuk saya kedekut la, bagi hadiah kat sorang pemenang je lah.

“Kau ingat AF itu rancangan Aliff Syukri Kamarzaman ke? Tu rancangan Astro… ingat bila kita taja, kita boleh buat suka-suka ke apa yang kita nak?

“Saya ni bayar berjuta untuk taja jadi kalau anda semua tak tahu baik anda diam sahaja,” katanya di Instagram.

Dalam pada itu, Ketua Format dan Program Realiti Astro, Namanzee Harris dalam satu sidang media menjelaskan bahawa kesemua peserta yang bertanding pada malam tersebut sudah mendapat hadiah masing-masing.

Walau bagaimanapun acara tersebut tidak dilakukan secara terbuka, malah pada setiap minggu kesemua peserta diberikan elaun dan tidak bertanding secara percuma. Oh begitu rupanya… salah anggaplah ni! 

Mstar
sumber: mstar

“Walaupun kita hanya umumkan hadiah juara sahaja tetapi sebenarnya empat lagi finalis turut mendapat hadiah sama rata kerana tiada tempat kedua atau ketiga dalam AF Megastar. Jadi ia bukan isu sama ada hanya Idayu sahaja mendapat hadiah,” jelasnya.

Pertandingan akhir AF Megastar telah menyaksikan Idayu diangkat menjadi juara dan mengetepikan empat finalis lain iaitu Bob, Marsha, Syamel dan Shahir.

61508587203 Finalisafmegastar
sumber: bh

Tak baik tau korang asyik kutuk-kutuk Datuk Aliff. Cuba bersangka baik sikit… Sian datuk! 

Baca: “Riak dan bongkak. Sekali Tuhan tarik baru tahu…” – Aliff Syukri Dikecam Muat Naik Gambar Penyata KWSP

Aliff Riak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.