in

“Saya kecewa dengan laporan oleh pihak tertentu” – Rumah Aliff Syukri Diserbu Dua Agensi Penguat Kuasa

Page 15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kecoh di media sosial baru-baru ini dengan kisah jutawan produk kesihatan, Dato’ Aliff Syukri yang berputus asa membela kucing liar baka Savannah peliharaannya.


Apa yang menjadikan isu itu lebih panas adalah netizen mendakwa dia bukanlah pencinta kucing sejati dan membeli kucing dinamakan Dodi itu tanpa mempunyai pengetahuan yang sepatutnya.

Kucing yang digelar ‘kucing ajaib’ itu merupakan antara 8 jenis baka kucing termahal di dunia dan dibeli olehnya pada harga RM30,000!

Dodi
sumber: instagram
Dodi8
sumber: instagram

Aliff sendiri sering memuat naik video menunjukkan dia bermain bersama kucing itu termasuk ketika sedang cuba menjinakkannya.

 

Pada 12 Jun lalu, Aliff Syukri memeranjatkan orang ramai apabila dia memuat naik status berkenaan niatnya untuk menjual Dodi. Menurutnya, dia sudah cuba menjinakkan kucing itu termasuk menggunakan tips yang diberikan namun gagal.

Siapa sanggup beli Dodi, saya nak jual RM50,000 dengan permit.”

Dodi1
sumber: facebook
Dodi 1
sumber: instagram

Tidak perlu disangkal lagi, status itu sudah semestinya menaikkan lagi kemarahan netizen yang sememangnya tidak suka dengan cara jutawan itu menjaga kucing tersebut.

“Dari awal lagi Dato Aliff Syukri bela haiwan ni, aku dah tahu dia memang tak boleh nak bela even jinakkan.”

“Kamu sememangnya tiada pengetahuan sebelum membeli kucing liar. Suka-suka beli, jaga pun ikut suka hati. Dah tau dia tidak jinak, dapatkanlah bantuan profesional.”

“Ini kucing liar yang memang hidupnya di Savannah. Nak kurung dalam sangkar, dalam rumah dan harapkan dia berperangai macam kucing domestik adalah kebodohan yang amat sangat.”

Aliff Syukri malah turut membuat Facebook Live yang merakamkan aksinya ‘cuba’ menjinakkan kucing itu dan sekali lagi ianya menimbulkan rasa sakit hati dalam kalangan netizen terutamanya pencinta kucing. Malah, dia turut digelar sebagai seorang pendera!

Dodi4

Dodi5
sumber: facebook

Gara-gara dakwaan mendera kucing peliharaannya itu, rumahnya diserbu 15 anggota daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (DVS) dan Jabatan Perhilitan (Perhilitan) Selangor semalam sekitar jam 10 pagi.

Aliff1
sumber: sinar harian

Menurut Malay Mail, selepas pemeriksaan yang memakan masa lebih kurang satu jam, mereka mengesahkan bahawa tiada penderaan berlaku terhadap kucing itu. Tapi, orang cakap pasal dia kena kurung dalam tandas tu!

Kami melakukan operasi ini setelah menerima puluhan aduan orang awam. Setelah diperiksa, kami dapati Datuk Aliff tidak melakukan sebarang penderaan terhadap kucingnya.” 

– Jurucakap Penguatkuasa Veterinar

Pihak agensi itu bagaimanapun menasihatinya supaya melakukan beberapa penambahbaikan terhadap tempat peliharaan Dodi. Yes betul sangat niiii!

Kami menasihati Datuk Aliff supaya menyediakan alas kucing yang lebih selesa dan menyediakan kawasan pengudaraan yang lebih baik untuk kucingnya.”

Aliff2
sumber: sinar harian

Aliff yang akui dirinya terkejut ketika diserbu penguat kuasa berkata, dia sangat kesal dengan laporan dibuat ke atasnya namun bersyukur kerana operasi itu membuktikan dia tidak melakukan penderaan terhadap Dodi.

Pihak berkuasa juga minta saya sediakan tempat habitat yang sesuai dengan Dodi. InsyaAllah, saya akan bina habitat sesuai untuknya.”

Sebab tu orang kata, kalau nak bela kucing kena ada pengetahuan, kena betul-betul jadi seorang pencinta haiwan. Beli mahal mahal tapi tak reti jaga buat apa kan…

Baca: Sekumpulan Pekerja Risikokan Nyawa Selamatkan Kucing Dibawa Arus Deras Ketika Hujan Ribut

Kucing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.