in

“Saya juga mangsa berita palsu dan buli siber” – Rosmah Mansor

Haripahlawan 310715 Tmiafif 020

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sesiapa kini boleh saja menjadi mangsa dan sasaran pembuli siber. Tak kiralah sama ada anda seseorang yang tidak dikenali mahupun seorang yang disegani, jenayah buli siber boleh memerangkap anda!


Ini termasuklah isteri kepada Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang juga mengaku telah menjadi mangsa buli siber dan berita palsu. Alamak! 

Rosmahmansor
sumber: the star

Menurut Free Malaysia Today, Rosmah yang berucap di seminar jenayah pada 22 Oktober lalu di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur telah berkongsi pengalamannya berhadapan dengan pembuli siber dan menjadi sasaran berita palsu.

“Saya tidaklah begitu celik internet, tapi saya tahu ramai yang menyalahgunakan internet. Saya tiada Facebook, jadi kalau ada yang nampak page Facebook dengan nama saya di internet, itu bukan kepunyaan saya,” ucap isteri kepada Perdana Menteri ini.

I Too Am A Victim Of Fake News And Cyberbullying Says Rosmah Mansor World Of Buzz
sumber: wob

Rosmah dalam ucapannya menegaskan bahawa dia tidak tahu bagaimana seseorang mempunyai banyak masa dalam mencipta akaun Facebook palsu dan menyamar menjadi dirinya. Kajian juga menunjukkan bahawa bentuk ancaman siber yang paling menonjol terhadap wanita dan kanak-kanak ialah jenayah siber, buli siber dan pengaruh media sosial.

Malah di seminar tersebut, Rosmah juga sempat mengetengahkan kecenderungan ketagihan internet dalam kalangan rakyat Malaysia yang agak mengejutkan.

“Ketagihan internet berlaku apabila seseorang berada di atas talian lebih dari empat jam tanpa berbuat apa-apa pekerjaan dan pembelajaran. Berdasarkan definisi ini, ramai di antara rakyat Malaysia mengalami ketagihan internet,” katanya.

Opss! Anda ada simptom macam itu tak? 

Chn01 041116 Rosmah
sumber: the sun daily

Menerusi laporan NST, beliau juga memberitahu bahawa masalah tersebut kian meningkat dalam kalangan generasi muda di Malaysia.

“Hampir 45 peratus kanak-kanak di antara tujuh dan sembilan tahun tahu bagaimana caranya menggunakan internet, manakala 92.5 peratus remaja di antara 13 hingga 17 tahun pula tahu menggunakan internet.

“Ini adalah masalah antara generasi yang mana akan berulang dengan sendirinya dan akan membawa kepada risiko kanak-kanak ini menjadi mangsa atau pemangsa jenayah siber.” 

Rosmah mengakhiri ucapannya dengan menggalakkan pihak berwajib untuk bekerjasama dalam membendung masalah yang semakin parah ini.

“Kita bertanggungjawab dalam memupuk kanak-kanak dan remaja ini untuk celik internet supaya mereka membesar menjadi golongan yang berpelajaran, beretika dan bertanggungjawab,” tambah Rosmah lagi.

Anda rasa macam mana? Ada betul juga kata Datin Seri Rosmah tu kan? 😉

Baca: Datin Seri Rosmah Mansor Terima Anugerah Tokoh Wanita, Mahu Rakyat Contohinya

Kak Mah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.