“Saya bukan doktor atau jururawat…” – Wanita Dipuji Kerana Bantu Selamatkan Bayi 6 Bulan Kemalangan

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Di saat dunia semakin kekurangan individu yang berhati mulia dan sanggup membantu sesiapa di dalam kesusahan, Tuhan telah datangkan seorang wanita ini untuk menghulurkan bantuan kepada pasangan yang telah ditimpa kemalangan. Syukurlah masih ada manusia sebegini di dunia ini! 

Dalam kejadian yang tular beberapa hari lalu di Facebook, seorang wanita dikhabarkan telah membantu seorang bayi perempuan berusia enam bulan yang terbabit kemalangan di Lebuhraya Timur Barat Gerik – Jeli pada Jumaat lalu.

Sumber: Harian Metro

Wanita baik hati ini dikenali sebagai Rose Afdayanti Nasir, 36, yang pada ketika itu dalam perjalanan dari Lumut, Perak untuk menghantar adik perempuannya yang berkursus ke rumah ibu mereka di Kota Bharu, Kelantan, lapor Harian Metro.



Namun malang tidak berbau apabila mereka telah berselisih dengan sebuah kemalangan ketika dalam perjalanan sekitar jam 11.30 pagi.

“Saya lihat orang ramai memegang bayi yang berlumuran darah dipercayai tercampak dari Perodua Alza. Ketika itu ibu bapa bayi berkenaan cedera dan terbaring di jalan membuatkan saya segera memberi bantuan kecemasan kepada bayi itu,” jelas Rose.

Sumber: Facebook

Dalam keadaan yang sesak disebabkan kenderaan Proton Alza tersebut menghalangi perjalanan, Rose memberhentikan keretanya di bahu jalan dan bergegas ke bayi tersebut untuk membantu apa yang perlu. Nasibnya baik pada ketika itu kebetulan ada seorang penuntut kolej perubatan di lokasi yang mempunyai kelengkapan bantuan kecemasan.

“Saya pinjam alat mereka (penuntut kolej perubatan) dan memakai sarung tangan serta cuci luka sebelum balut kepala bayi dengan menggunakan pembalut luka.

“Ketika itu muka dan bibir bayi itu dah mula biru menyebabkan saya berlari ke arah ibu mangsa yang terbaring di atas jalan dan meminta kebenaran untuk membawa bayinya ke hospital,” katanya.



Sumber: Facebook

Dia yang juga mempunyai dua pengalaman terdahulu dalam membantu mangsa kemalangan telah membawa bayi tersebut ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dengan bantuan adiknya.

Saya berzikir dan adik terpaksa hon sepanjang jalan untuk meminta laluan ketika dalam perjalanan ke hospital. 

Setiba di hospital, doktor memberi rawatan kecemasan dan Alhamdulillah dia berjaya diselamatkan,” tambahnya. Syukurlah!  

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Sementara itu, ibu bapa kepada kanak-kanak tersebut difahamkan telah beransur pulih daripada kecederaan dan sempat bertemu dengan Rose untuk berterima kasih atas apa yang berlaku.

“Saya lega dapat bantu. Saya bukan doktor atau jururawat tetapi ada sedikit ilmu pertolongan cemas yang saya pelajari beberapa tahun lalu,” katanya lagi.

Rata-rata netizen yang membaca kisah baik hati wanita ini bersyukur bayi berkenaan terselamat dan berterima kasih atas budi baik yang diberikan Rose terhadap keluarga bayi tersebut.

Sumber: Facebook

Harapnya wujud lebih ramai lagi individu yang berhati mulia seperti ini. Sanggup luangkan masa untuk bantu selamatkan orang lain. Mungkin kita semua perlu belajar asas pertolongan cemas agar dapat membantu kalau berlaku kejadian macam ni depan mata kan…



Tonton video di bawah: 

Baca: Lelaki Ambil Risiko Pecah Cermin Kereta Guna Tangan Demi Selamatkan Mangsa Kemalangan 

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!