“Saya bukan acah-acah gedik nak lariskan produk” – Dato’ Vida Pertahan Perangai Suka Show Off di Laman Sosial

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Sebut sahaja nama Dato’ Vida, mesti terngiang-ngiang lagu I Am Me di telinga dan gaya dua jari yang diletakkan dekat dengan mulutnya itu. Seringkali memaparkan gaya hidup mewah dan aksi mengada-ngada di laman sosial, Vida selalu sahaja dilabel gedik serta dituduh suka menunjuk-nunjuk oleh netizen.

Disebabkan tidak tahan menadah telinga dengan segala tuduhan yang dilemparkan netizen, Vida memilih untuk tampil menjelaskan keadaan. Jutawan kosmetik produk kecantikan Vida Beauty itu mendakwa bahawa dia memang tidak boleh lari daripada imej gedik kerana itu adalah dirinya yang sebenar, lapor Sinar Harian.

Sumber: Facebook

“Saya memang tidak boleh dipisahkan daripada aksi gedik, itulah diri saya yang sebenar, I am me, saya tidak boleh nak berpura-pura.”



Vida membuat pengakuan tersebut sewaktu diminta mengulas mengenai isu memanipulasi individu tertentu di media sosial untuk mencetuskan kontroversi semata-mata demi meraih perhatian netizen.

“Video saya kebanyakannya tak adalah dikritik netizen sangat pun, kecuali aksi gedik saya. Tapi gedik dan saya tidak boleh dipisahkan, itulah saya, it’s me, I am me. Saya bukan acah-acah gedik untuk lariskan produk, dah saya memang macam tu,” jelasnya.

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Tidak lupa meninggalkan pesanan kepada pengkritik-pengkritik yang menganggap dirinya suka menunjuk-nunjuk di laman sosial, Vida mengajak mereka untuk memandang hal ini dari sudut yang positif.

“Mereka banyak cakap fasal saya selalu show off pamer kemewahan apa semua di Instagram dan Facebook. Tapi pada saya mereka (netizen) perlu melihatnya daripada sudut pandang yang positif, jangan ambil daripada sudut negatiflah,” katanya. Be positive tau! 

Sumber: Instagram

Selain itu, Vida merasakan bahawa teknik pemasaran dengan memuat naik video adalah lebih dekat dengan pelanggan. Pemilik nama Hasmizah Othman ini juga mendakwa bahawa apa yang dipamerkannya sekarang ialah sebagai seorang ikon dan inspirasi kepada orang ramai, bukannya kerana riak. Baguslah kalau macam tu kan! 



“Apa saya nak tunjuk tu ada motif, ada sebab, tak adalah buat itu nak riak, buat apa? Yang penting pada saya ialah orientasi jualan saja. Sale… sale.”

Ooh Dato’ Vida suka upload video macam-macam tu untuk tujuan pemasaran lah, bukan dia saja-saja nak show off. Macam-macam strategy marketing zaman sekarang ni kan.

Baca: “Saya bukan nak riak…” – Dato’ Vida Dedah Kos Pembikinan Klip Video Cecah RM1 Juta

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Asma' Razak

Suka dinosaur tetapi minat filem bergenre futuristik, bercita-cita mahu jadi vegetarian dan berharap ikan diklasifikasikan sebagai tumbuhan.