“Saya bayar awak malam ni boleh..?” – Gadis Kongsi Pengalaman Diganggu Pemandu Uber

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Aplikasi Uber dan Grab kini semakin lama semakin menjadi tumpuan ramai. Pergi ke destinasi yang ingin dituju dengan mudah tanpa perlu memikirkan jem atau parkir, hanya perlu mengeluarkan wang sahaja.

Tetapi tidak semuanya ‘mudah’ apabila ada segelintir daripada pemandu ini mengambil kesempatan terhadap penumpangnya. Baru-baru ini tular satu perkongsian yang dimuat naik di media sosial oleh individu yang dikenali sebagai Nur Damia Azlan.


Source: Facebook



Menurut gadis ini, kejadian yang berlaku di Subang itu terjadi pada kawan baiknya yang dikenali sebagai S. Katanya, S diganggu oleh pemandu uber yang memandu kereta Bezza berwarna Merah dan kejadian ini terjadi pada waktu tengah malam.

Mulanya, pemandu uber tersebut cuba beramah mesra dengan menanyakan soalan-soalan yang masih ‘normal’ pada waktu itu. Setelah beberapa minit kemudian, S perasan bahawa pemandu uber itu sengaja salah masuk jalan dan pada waktu ini mulalah driver tersebut menanyakan soalan yang bukan-bukan.

“Awak dah makan ke? Kalau lapar, saya bawa awak makan sekarang.”

“Takpe tak perlu, saya nak balik.”

“Awak duduk dengan siapa? Saya ikut awak balik boleh tak?”



“Tak payah. Saya tinggal dengan family. Abang saya tengah tunggu sekarang.”

Menurutnya, S sengaja mereka cerita bahawa abangnya sedang menunggu kerana mahu menjaga maklumat peribadinya.

Sudah nak sampai destinasi tu, S sengaja suruh driver drop-off jauh sikit dari apartment sebab tak mau driver itu tau mana dia tinggal. Alhamdulillah selamat sampai, itu yang paling penting.”

Selepas S keluar dari kereta dan berjalan balik ke apartment, S terima 4 misscalls dari pemandu tersebut dan ada 1 mesej darinya! Dalam mesej itu mengatakan “saya bayar awak malam ini boleh?”, dalam erti kata lain, dia ingin ‘tidur’ bersama S.

Mujur S seorang yang berani, lalu dia membalas mesej pemandu itu. S terus membuat report uber dan report polis agar lelaki seperti itu ditahan, diharamkan dari memandu dan menjadi pemandu untuk masa yang akan datang. Bagus!



Sumber: Facebook

Pada mulanya nombor telefon S diblock oleh pemandu itu, kerana mesej yang dihantarnya tidak delivered. Keesokan harinya, S terima satu lagi mesej dari pemandu itu merayu dan meminta maaf.

Tetapi nasi sudah menjadi bubur, report sudah pun dibuat. Menurutnya lagi, pemandu itu sudah berjaya ditahan oleh pihak berkuasa.

Bahaya betul orang zaman sekarang ini. Harapnya kita semua lepas ini berhati-hati tidak kira di mana jua, terutamanya bagi golongan wanita. Lebih elok kalau ada ‘senjata’ dalam beg supaya apa-apa yang berlaku, kita boleh pertahankan diri kita.

Baca: Warga Asing Salahguna Pas Lawatan Kantoi Tawar Khidmat Seks Melalui Aplikasi WeChat

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Zarith Sofea

Seorang gadis yang minat membaca dan melayari internet untuk lebih cakna tentang gosip dan berita terkini. Peka dengan keadaan semasa tetapi tidak mudah terpengaruh dengan budaya fitnah yang tidak sihat.