in

“Sangat tak kelakarlah!” – Medispa Terkenal Dihentam Kerana Muat Naik Iklan Kutuk Wanita Berjerawat, Galak Keganasan

Dede

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa tidak mahu jadi cantik? Demi kecantikan, ramai yang sanggup berhabis ribuan ringgit hanya untuk tampil menawan dan kelihatan sempurna raut wajahnya. Oleh sebab ini juga munculnya banyak produk-produk kecantikan dan pusat medispa yang mendakwa boleh membantu mencantikkan lagi rupa paras seseorang individu.


Demi melariskan pusat kecantikan yang diusahakan, banyak pusat kecantikan yang bertindak mengiklankan medispa mereka dengan pelbagai cara. Pun begitu, sebuah medispa terkenal dikatakan telah menghasilkan satu iklan yang merendah-rendahkan wanita dan menggalakkan keganasan.

Hh 1
sumber: facebook

Berdasarkan video iklan yang dikongsikan di satu page laman sosial, medispa tersebut membuat iklan untuk mempromosikan rawatan mencantikkan wajah yang disediakan di pusat kecantikan mereka. Walau bagaimanapun, iklan yang ditunjukkan menerima kritikan hebat masyarakat kerana unsur-unsur tidak elok yang dipaparkan.

Video berdurasi 2 minit dan 10 saat itu menunjukkan seorang wanita ditampar berkali-kali oleh seorang lelaki yang telah meminta hubungan mereka diputuskan. Sewaktu menampar wanita tersebut, tangan lelaki itu dihentikan oleh seorang lelaki lain. Pun begitu, lelaki lain itu turut menampar wanita tersebut kerana wajahnya yang terlalu hodoh. Teruknya iklan macam ni! 

J4 1
sumber: facebook
J5 1
sumber: facebook

Sedih dengan apa yang menimpa dirinya, wanita tersebut dilihat telah ke sebuah medispa untuk mendapatkan rawatan kecantikan. Sewaktu menerima rawatan tersebut, wanita itu bertanya kepada pekerja di situ jika wajahnya boleh bertukar menjadi secantik Nora Danish.

Pekerja medispa itu berkata, dia bukan sahaja boleh menjadi secantik Nora Danish, bahkan wanita tersebut juga boleh jadi sejelita seperti Hannah Delisha jika mendapatkan rawatan di situ. Video diakhiri dengan wanita berkenaan terjumpa bekas teman lelaki yang kelihatan seperti mahu kembali bersama setelah wanita itu bertukar menjadi cantik jelita.

J6 1
sumber: facebook
J7 1
sumber: facebook
J8 1
sumber: facebook
J9
sumber: facebook

Berikutan iklan yang dimuat naik, ramai tidak berpuas hati menonton iklan tersebut dan meluahkan pelbagai rasa di ruangan komen. Ramai yang tidak berpuas hati dengan iklan tersebut yang dikatakan tidak menunjukkan mesej yang positif.

O1
sumber: facebook
O2
sumber: facebook
O3
sumber: facebook

Rata-rata yang meninggalkan komen tidak berpuas hati dengan iklan yang merendah-rendahkan martabat wanita dan menggalakkan keganasan itu. Mereka merasakan bahawa walaupun ia hanya sekadar iklan, contoh yang tidak elok tidak wajar dipertontonkan kepada anak muda kita.

Betul tu! Tak patut buat iklan macam ni. Tidak perlu buat iklan tampar wanita hanya kerana mukanya berjerawat kalau ye pun nak iklankan rawatan. Semoga tiada lagi organisasi yang buat iklan tidak elok macam ni.

Baca: “Tak ada maruah ke?!” – Netizen Kecam Instafemes Curi Pelamin Orang Untuk Rakam Parodi

J2 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.