in

“Sambil kita cuci mata, ada yang curi cahaya mata kita” – Wanita Kongsi Pengalaman Berdepan Dengan Bangla Pedofilia di Tesco

Pedo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebanjiran pendatang asing tanpa izin di negara kita ini makin mendatangkan masalah dan bahaya kepada penduduk tempatan. Selain melakukan jenayah seperti mencuri, penipuan dan kini merogol anak remaja tempatan, mereka juga berani menonjolkan sisi gelap sebagai seorang pedofilia.


Baru-baru ini, seorang wanita bernama Siti Umairah telah berkongsi pengalaman hitamnya di Facebook ketika berdepan dengan sekumpulan warga Bangladesh yang sedang curi-curi mengambil gambar anaknya. Menurutnya, kejadian tersebut berlaku di pasaraya Tesco Kulim dan ada banyak lagi gambar anak gadis lain yang disimpan dalam galeri telefon golongan ini sebagai pemuas nafsu mereka yang jijik.  

Maxresdefault 4
gambar hiasan

Berikut apa yang ditulisnya:

Post kali ini mungkin panjang sikit tapi inilah yang berlaku kepada saya ketika membeli belah di Tesco Kulim, Kedah. Tarikh kejadian 15 Januari 2018, lebih kurang jam 9 malam. Saya tidak sesekali menyalahkan pihak Tesco dalam post ini. 

“Saya dan Layla Salikin (anak mangsa), kakak ipar berserta anak tiga orang dan mak ke Tesco Kulim nak beli diapers yang sedang offer. Sampai Tesco, saya terlintas di kawasan baju kanak-kanak yang sedang offer juga. Mak dah ke bahagian ikan, ayam dan lain-lain. Tinggal saya, Layla dan anak sedara, Zahra.” 

Ketika Siti Umairah leka memilih pakaian, matanya terpandang akan lima ke enam orang bangla yang sedang sibuk mengambil gambar anaknya, Layla. Pada ketika ini, mangsa hanya mengagak kumpulan bangla tersebut mengambil gambar anaknya kerana kamera telefon mereka dilihat diacukan ke arah anaknya.

“Bergetar badan ni haa. Depa ramai. Saya seorang diri,” katanya yang cuba menggagah berani.

Dengan secubit keberanian yang ada, Siti Umairah mendekati dan bertanya dalam nada marah, “Buat apa?” 

“Open camera gallery. Delete. I call police,” kata mangsa lagi dengan nada lantang sambil mengejar kumpulan bangla tersebut dengan tudingan jari.

Akibat terpaksa, warga Bangladesh tadi berpatah balik dan datang menghadap Siti Umairah. Mereka nampak tak senang duduk dan menuruti kehendak mangsa dengan membuka galeri telefon. Apa yang mengejutkan mangsa, ternyata galeri tersebut dipenuhi gambar anaknya dan budak-budak lain lagi.

Takut dimarahi Siti Umairah, lelaki tersebut memadam gambar Layla, anak mangsa. Mulutnya tak berhenti bercakap, “Okay delete. Sorry, sorry, I don’t know. Sorry. No police.” 

Berang dan trauma dengan apa yang berlaku, Siti Umairah mencari emak dan kakak iparnya serta menceritakan segala-galanya kepada mereka. Dia juga bertekad menceritakan hal tersebut kepada pihak Tesco. Namun lebih menyakitkan hati, staf Tesco langsung tidak melayan aduannya. Malah mereka menyuruhnya ke customer service pula kerana ada pengurus di sana.

P10S2 Tesco
gambar hiasan

Apabila dirujuk ke pusat khidmat pelanggan, staf di situ pula hanya berkata, “Ok. Kami akan berhati-hati.” Itu je ke? Alahai. 

Walau bagaimanapun, suami kepada mangsa sempat menghubungi polis dan Siti Umairah sendiri juga ada mengambil gambar kumpulan Bangladesh tersebut yang membuat onar itu. Pihak polis mengambil keterangannya namun tidak mampu berbuat apa-apa kerana kumpulan pedofilia tadi sudah pulang dan tiada di pasaraya tersebut lagi. Alahai…

26238836 1903628806331599 5857120877534882157 N
sumber: facebook

Guys out there. Parents out there. Maaf entah kenapa saya tak suruh saja makhluk tu delete semua gambar anak-anak. Maaf saya sangat blur. Entah dari mana daku dapat kekuatan pergi ikut mereka. Saya pun tak tahu.

Please. Sambil kita cuci mata, rupanya ada yang ‘curi’ cahaya mata kita. Dalam kes ini, Alhamdulillah saya terberani. Dan Alhamdulillah segerombolan makhluk bangla tu tak mengganas,” katanya.

Pesan pegawai polis yang dihubungi mangsa, dia takut kes ini akan berubah menjadi kes penderaan seksual kanak-kanak ataupun kes culik di masa hadapan. Pegawai itu juga kesal kerana kumpulan warga asing tersebut sudah tinggalkan pasaraya itu. Tiada apa yang mampu dilakukannya.

“Tolonglah semua. Beringat, beringat, beringat. Alhamdulillah mata saya dapat tangkap kegiatan mereka. Alhamdulillah syukur ya Allah,” kata Siti Umairah di akhir entri.

Beringatlah ibu bapa di luar sana. Buka mata dan lihat sekeliling siapa yang sedang memerhati anak-anak kita. Bahaya ada di mana-mana! 

Baca: 3 Perkara Yang Boleh Anda Lakukan Apabila Anak Kecil Mengadu Dicabul Atau Diperkosa

Jantan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.