in

Sajat Dituduh Galak Sumbang Mahram Lepas Muat Naik Gambar Anak Angkat Bercumbu di Instagram

Ji

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lama pula rasanya menunggu untuk sebulan berlalu. Sehingga kini ramai yang masih berteka-teki dengan jantina sebenar usahawan kosmetik terkenal Nur Sajat sementara menunggu pihak JAKIM memberikan keputusan dan pengesahan tentang jantinanya. Seperti yang diketahui ramai, Sajat mempunyai dua orang anak angkat berlainan jantina.


Gemar berkongsi gelagat comel anak angkat lelaki dan perempuannya, Sajat sering kali memuat naik gambar mahupun video Syahmi dan Syaza yang baru berusia dua tahun itu di laman Instagram. Terbaru, Sajat telah memuat naik gambar adik beradik tersebut berpelukan erat sambil Syahmi mencium pipi Syaza. Aww so sweet!

S5
sumber: instagram

Pun begitu, gambar yang dimuat naik Sajat tiba-tiba sahaja disalahertikan oleh pengikut-pengikutnya kerana sekali pandang, Syahmi dan Syaza kelihatan seperti sedang bercumbu. Alamak! 

Gambar tersebut dengan kapsyen ayat-ayat menyentuh hati tentang kekeluargaan dari Sajat ternyata mengundang pelbagai reaksi orang ramai. Oleh sebab kritikan yang diterima, mStar melaporkan bahawa Sajat telah mengemaskini kapsyen itu menyuruh semua agar melihat gambar tersebut dengan teliti.

S2
sumber: instagram

“Ini gambar syahmi cium pipi, bukan cium mulut. Tengok betul-betul, syahmi cium adiknya kat pipi, bukan cium mulut…Kalau tak nampak sangat, zoom luas-luas kat mana Syahmi cium. Di pipi! Bukan mulut!” kata Sajat dalam kapsyen tersebut.

Berikutan tindakan memuat naik gambar Syahmi dan Syaza dalam posisi sebegitu, ramai juga meninggalkan pendapat di ruangan komen menuduh Sajat menggalakkan sumbang mahram di antara anak-anaknya.

S3
sumber: instagram

“Ni dah kenapa amik gambar cium mulut mcm ni? Adik beradik kandung ke ni? Tolong la jangan galakkan benda-benda haram.”

“Walaupun adik-beradik, tak boleh cium macam tu. Dikhuatiri berlaku sumbang mahram. Walaupun masih kecil, jika jadi kebiasaan, jadi lain pula dah besar nanti.”

“Kita yang dididik oleh ibu bapa yang tidak songsang ni asyik tergelincir je. Inikan pulak budak-budak tu. Semoga Allah melindungi kanak-kanak itu.”

S4
sumber: instagram

Tidak kurang juga ada yang mendakwa Sajat memberikan didikan kurang baik dengan membiarkan kedua-dua anaknya bergambar seperti itu. Pun begitu, ada juga yang meminta orang ramai tidak meninggalkan komen yang kurang enak kerana anak-anak tersebut masih kecil dan langsung tidak bersalah dalam hal ini.

Apa pendapat korang tengok gambar tu?

Baca: “JAKIM sahkan Sajat adalah lelaki” – Blogger Dakwa Jakim Sengaja Rahsiakan Identiti Sebenar Sajat

Sajat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.