in

“Saja nak menunjuk pada rakyat marhaen macam kita!” – Netizen Kecam Aliff Syukri Sengaja Tunjuk Harga Jam

Cc

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Abang terlajak laris kita ni tak habis-habislah dengan kontroversi sana sini. Nampaknya apa sahaja yang dilakukannya, ada sahaja orang yang tidak puas hati dengannya. Sebelum ini, Aliff pernah memuat naik gambar penyata KWSP miliknya di mana mendapat cemuhan netizen yang mengatakan Dato’ Aliff riak dan bongkak dengan kemewahan yang dimiliki.


Kali ini, Aliff telah memuat naik gambar di Instagram dan Facebook miliknya yang menunjukkan tiga utas jam tangan berjenama untuk dijual. Bukan itu sahaja, Aliff juga turut memaparkan harga setiap satu jam tangan tersebut. Nak jual kan, mestilah tunjuk harga. Ye dak?

Tl3
sumber: instagram
Tl4A
sumber: facebook

Menerusi perkongsian di Facebooknya pula, Aliff menulis,

Saya dah malas pakai.. Jam tangan ini adalah untuk dijual. Jam Panarai itu berharga, RM150,000, Heblot Spacial berharga RM200,000 dan jam Rolex berlian itu saya nak jual RM260,000 .. 99% macam baru dan asli kalau berminat please Whatsapp saya 016 7793452, saya akan kasi diskaun 10% murah dari harga kedai. Boleh bawak pergi kedai kalau takut tiruan..”

Ni memang terlajak kaya ni….

Kenyataan ini jelas-jelas telah menimbulkan rasa jengkel dan marah netizen yang rata-rata menganggap Aliff sengaja memuat naik gambar tersebut untuk menunjuk-nunjuk.

Malah, salah seorang netizen juga berpendapat, Aliff tidak wajar memuat naik gambar tersebut kerana tidak semua netizen yang menjadi pengikutnya mampu untuk membeli jam itu. Tambahnya lagi, harga jam-jam tersebut juga bersamaan dengan harga sebuah rumah. Tidak logik jikalau ada yang mahu membelinya.

Tlaa1
sumber: facebook

Sementara itu, ada juga di kalangan netizen yang menasihati Aliff supaya menghubungi rakan-rakan yang setaraf dengannya kerana mereka lebih mampu untuk membeli jam tangan seperti itu. Hasil daripada menjual jam tersebut juga boleh didermakan kepada yang memerlukan. Hmm ada betul jugak kata netizen ni kan??

Tl1A
sumber: facebook
Tlbb2
sumber: facebook
Tlcc3
sumber: facebook

Tak baiklah kecam dia. Mana tau dia memang nak jual jam tu dan tak ada niat nak menunjuk. Marilah kita sama-sama bersangka baik.

Baca: “Riak dan bongkak. Sekali Tuhan tarik baru tahu…” – Aliff Syukri Dikecam Muat Naik Gambar Penyata KWSP

Tll

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.