in

Saintis Dedah Kesan Buruk Menonton Video Lucah

Porn

Di zaman berteknologi canggih kini, kita terdedah dengan pelbagai bentuk media termasuk video porno. Sesetengah individu malah menjadikan ianya satu hobi untuk menonton kerana ketagihan apatah lagi semuanya boleh diakses di hujung jari dengan percuma.

Tapi ramai tidak tahu sebenarnya pornografi itu boleh membawa kesan buruk kepada kesihatan diri. Haa tak tahu kan?

Img

Menurut Kevin Majeres, seorang psikiatri dari fakulti Harvard Medical School, pornografi pandai menipu bahagian bawah otak manusia yang menyebabkan ia tidak mampu membezakan antara imej dan realiti.

Sebagai contoh, Majeres menjelaskan bahawa:

“Jikalau seekor tikus jantan diletakkan di dalam sebuah sangkar bersama seekor tikus betina, kedua-duanya akan mengawan. Namun, selepas mengawan, tikus jantan tidak berminat lagi untuk mengawan bersama tikus betina yang sama walaupun tikus betina itu masih mempunyai ‘keinginan’.”

Walaupun begitu, kajian menunjukkan bahawa tikus jantan akan terus terangsang untuk mengawan jikalau ia diberi tikus betina lain. Tikus jantan tidak akan hilang ‘keinginan’ untuk mengawan selagi ada tikus betina lain dan akan terus mengawan sehingga ia mati. Situasi ini disebut ‘Coolidge effect’.

Lab Rats Senior Planet

Hal ini samalah juga dengan pornografi di mana seseorang itu diberikan kebebasan memilih seberapa ramai wanita untuk mengurangkan ketagihannya. Walaupun imej pornografi itu hanya di dalam skrin komputer saja, ketagihan tersebut akan terus berterusan tanpa henti.

Menurut Majeres lagi, “Menonton pornografi menyebabkan rangsangan yang berlebihan terhadap dopamin iaitu sejenis tisu yang membantu fungsi konsentrasi. Malah ia juga merosakkan tisu dopamin. Sebaik sahaja seseorang itu merasa kekosongan, dia kembali menonton pornografi namun disebabkan kekurangan tisu dopamin yang telah rosak (untuk mendapatkan rangsangan dopamin yang sama, lebih banyak tisu dopamin yang diperlukan), keinginan untuk menonton pornografi akan meningkat akibat ketagihan yang tidak dapat dipenuhi itu.”

 

Fighting Asian Couple

Kesan buruk pornografi ini menurut Majeres terbahagi kepada dua iaitu menyebabkan ketagihan yang melampau dan merosakkan perhubungan.

Walaupun apapun pandangan anda mengenai pornografi, ia tetap membawa ketagihan yang buruk dan bakal merosakkan hari-hari indah dalam hidup anda. Jadi, katakan tidak kepada video lucah!