“Rumah orang mati kena bunuh ke ni?” – Wanita Rasa Tertipu Resort di Sungai Congkak Tak Seperti Yang Disangkakan

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Siapa yang tak suka bercuti kan? Tambah-tambah lagi bersama keluarga yang tersayang. Namun lain pula yang menimpa wanita ini apabila perkara yang tak disangka-sangka telah berlaku padanya dan keluarga.

Melalui perkongsian Emma Emrys di laman Facebook, percutiannya bersama keluarga musnah selepas banglo yang disewa mereka sekadar indah khabar dari rupa.

Sumber: Facebook

Berikut apa yang diceritakannya:



“Percutian keluarga yang sepatutnya menyeronokkan bertukar jadi macam nightmare. Chongkak Park and Resort, Hulu Langat yang diuruskan oleh Tourism Selangor amatlah mengecewakan.

“Kami check in semalam hari Sabtu, 7 Oktober 2017 dan menyewa sebuah banglo nombor 9 yang berharga RM371 untuk satu malam,” kata Emma.

Menurutnya, ketika melihat gambar yang ditunjukkan ejen yang menguruskan tempahan di resort tersebut, banglo berkenaan memang sangat cantik. Namun apabila mereka tiba di hadapan banglo itu, ia kelihatan sedikt usang.

“Rumah orang mati kena bunuh ke ni?” 

Apa yang lebih mengecewakan, sebaik sahaja Emma dan keluarganya menjejakkan kaki di rumah tersebut, bau kulat dan kulapuk mula menerjah ke hidung. Kulit sofa sudah terkoyak, langsir bertompok dan siling seluruh rumah sudah berkulat!

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

“Kami letak semua barang dulu kerana ada beberapa aktiviti yang telah dirancang harus dilaksanakan juga, jadi masing-masing turun ke sungai di depan banglo.



“Usai semua aktiviti di sungai, balik ke banglo nak bilas badan tapi air dalam bilik air punyalah kecil. Apa gaya nak mandi ni, kotornya bilik air tak payah ceritalah,” luah Emma tidak puas hati.

Keadaan bertambah buruk apabila katil yang menjadi tempat untuk melepaskan lelah pula sudah patah dan roboh. Ketika Emma baringkan anaknya, Areej di atas katil, tilam tersebut tiba-tiba saja jatuh ke lantai. Alamak! Apa punya banglo ni??

“Kemudian saya bangun dan pergi ke bilik sebelah, tengok cadar katil bertompok-tompok kotor dengan kesan kulat, tahi lalat dan tak tahulah apa lagi jenis kotor tu.

“Gelinya rasa, sudahnya pakaikan baju Areej atas lantai yang dilapik dengan sejadah.” 

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Disebabkan rasa tak puas hati yang membuak-buak, salah seorang dari ahli keluarga Emma ke pejabat kecil di hadapan kaunter pendaftaran untuk meminta cadar katil ditukarkan. Pun begitu, semua pekerja resort kecuali pengawal difahamkan sudah pulang.



“Bayangkan pengurusan resort boleh tinggalkan semua guests yang menyewa di situ sendirian, kalau apa-apa kemalangan berlaku di tengah malam macam mana? Ini memang mengarut,” marah Emma.

Bukan itu saja yang tidak kena dengan resort tersebut. Menurutnya lagi, pihak pengurusan juga tidak menyediakan plastik sampah, cerek, sabun dan tuala mandi serta peti ais yang ada juga sudah berkarat! Ia sungguh tidak memadai dengan harga yang dibayarnya.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

“Malam bila nak tidur kami cuba tutup pintu, tapi lepas tu masing-masing sesak nafas dan sakit dada sebab bau kulapuk dan udara yang dah tercemar. Penyelesaiannya terpaksa buka semua pintu termasuk pintu depan untuk dapatkan sedikit udara segar biar udara beredar.

“Tapi dah serangga pula yang masuk. Ini belum kira bab hantu lagi. Bawah rumah ada anjing liar sekeluarga empat ekor, kurus dan lapar. Mereka ni tak fikir bahaya ke pada guest?” ujar Emma.

Teruk sangat ni servisnya! 

Bagi Emma, pihak Tourism Selangor haruslah peka akan resort yang diuruskan mereka supaya kejadian seperti ini tidak berlaku lagi.

Bangunan yang diduduki mereka memang tidak sesuai diduduki mana-mana manusia dan tujuannya tularkan kisah ini hanyalah semata-mata untuk mengelakkan dari mana-mana pihak tertipu seperti mereka.

Tonton video di bawah:

Ada baiknya kalau sebelum pergi ke suatu tempat tu selidik dulu latar belakang atau komen pengunjung lain di media sosial. Tak adalah kena tipu lagi seperti ini kan? 

Baca:  Wanita Kongsi Pengalaman Menakutkan Ketika Siling Chalet di Port Dickson Runtuh

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!