“Rude betul!” – Netizen Kecam Shaheizy Sam Campak Kasut, Hadiah Pemberian Zizan

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Setelah sekian lama tidak muncul di kaca televisyen, Shaheizy Sam akhirnya membuat penampilan di dalam rancangan MeleTOP baru-baru ini bagi mempromosikan Filem Televisyen (FTV) Baby Bro yang telah ditayangkan di Astro First Ekslusif.

Selain Sam, Zizan Razak juga turut dijemput oleh pihak produksi bagi tujuan yang sama. Tidak ketinggalan, isterinya, Syatilla Melvin dan anak, Syeriv yang turut membuat penampilan pada malam itu.

Sumber: YouTube

Sepanjang segmen tersebut, pelbagai soalan telah diajukan kepada mereka termasuklah yang melibatkan perihal rumah tangga Sam dan Syatilla. Penonton juga terhibur dengan sesi bual bicara mereka tambah-tambah lagi dengan kehadiran Hanis Zalikha selaku hos pada hari tersebut.



Sumber: Instagram

Pada penghujung segmen, Zizan kelihatan sangat teruja dan tidak lupa untuk memberikan hadiah untuk si kecil Syeriv. Menurutnya, ketika Syeriv dilahirkan, dia berada di London, oleh itu, dia telah membelikan sepasang kasut di sana untuk dihadiahkan. Wah!

Sumber: YouTube

Walau bagaimanapun, sewaktu menghulurkan hadiah tersebut, Syatilla dengan nada berseloroh memberitahu bahawa Syeriv telah mempunyai kasut tersebut. Sam pula berterima kasih dan bergurau dengan cara mencampakkan kasut tersebut ke lantai. Amboi!

Sumber: YouTube

Zizan yang pada awalnya tersenyum, tergamam dan terkejut seketika dengan tindakan rakan artisnya itu. Hanis dan Nabil selaku hos juga terkejut sebelum Nabil dengan pantas mengangkat kasut itu.

Disebabkan itu, Sam dan Syatilla telah menerima kecaman netizen kerana dianggap biadap walaupun hanya untuk bergurau. Mereka juga kurang senang dengan Syatilla yang dilihat seperti tidak menjaga air muka Zizan.

Sumber: YouTube

Walau bagaimanapun, ramai juga dalam kalangan netizen yang menerima tindakan Sam sebagai gurauan memandangkan dia rapat dengan Zizan serta sifatnya yang suka bergurau. Lagipun, selepas dia membaling kasut tersebut, Sam dilihat memeluk Zizan.



Sumber: YouTube

Mungkin Sam buat begitu kerana mereka sudah mesra dan dah kenal lama. Dia juga telah memuat naik gambar Zizan dengan Syeriv di akaun Instagram miliknya dan berterima kasih sekali lagi dengan pemberian hadiah oleh rakannya itu.

Sumber: Instagram

Niat dia nak bergurai je tu…

Baca: “Hormatlah sikit pelakon veteran!” – Netizen Menyampah Sepahtu Permainkan Artis Veteran

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Amalina Zainal

Seorang yang optimis dan teliti serta berkemahiran dalam berkomunikasi; boleh bekerja dalam pasukan, berfikiran terbuka dan seorang yang menepati masa.