in

Restoran Ini Masih Menjual Makanan dan Minuman Dengan Harga RM1!

Kedai Feature

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada tahun 2017 ini, sangatlah susah untuk mendapatkan makanan daripada kantin sekolah sekalipun dengan harga semurah RM1, tetapi jangan terkejut jika anda diberitahu ianya boleh didapatkan di restoran ini!


Kedai 1
sumber: oriental daily

Tempat ini dinamakan Restoran Seringgit dan semestinya, kebanyakan makanan dan minuman hanya dijual pada harga RM1. 

Pemilik restoran, Ezal Laksamana mencadangkan idea ini ketika pertemuan bersama keluarga pada Januari lalu dan mula bertungkus lumus menjadikan idea tersebut satu realiti.

Baru 10 bulan menjalankan bisnes, restoran ini sudah pun mempunyai lebih 600 orang pelanggan tetap setiap hari. Fuyooo!

Kedai 2
sumber: oriental daily
Kedai 6
sumber: oriental daily

Pelbagai makanan dijual di Restoran Seringgit termasuklah Mi Rebus, Soto, Ayam Goreng, Ikan Goreng, Nasi Lemak, Mi Kari, Pulut Mangga dan Laksa, semuanya pada harga RM1 SAHAJA!

Ezal akui, mengekalkan kualiti makanan di samping harga yang rendah adalah cabaran paling besar dalam menguruskan bisnesnya. Sebagai contoh, jika saiz ayam hanya sebesar bebola ikan, dia akan dianggap menipu pelanggan. Tetapi jika ayam itu terlalu besar, dia pula yang akan mengalami kerugian.

“Kuncinya adalah keseimbangan. Restoran ini hanya akan bertahan untuk jangka masa panjang jika pelanggan enjoy makanan kami dan restoran mendapat keuntungan.

“Sebagai contoh, lihat semangkuk mi ini, semua bahan-bahan wajib seperti telur, taugeh dan ayam ada di dalamnya.”

Kedai 3
sumber: oriental daily

Selain itu, Ezal sengaja membuka restoran ini di tempat tersorok untuk mengurangkan kos sewa dan untuk tidak menganggu bisnes restoran lain. Malah, dia turut tidak melakukan apa-apa promosi, semata-mata hanya menggunakan harga murah dan makanan yang sedap itu sebagai tarikan.

Salah seorang pelanggan tetap yang bekerja di kilang berdekatan, Zheng menikmati makan tengah harinya hampir setiap hari sejak restoran ini dibuka. Kalau dah sedap, harga murah pulak tuuuu siapa taknak kan?!

Dengan hanya berbekalkan RM3, Zheng mampu mendapatkan sepinggan nasi bersama daging serta sayur termasuklah secawan teh panas!

Kedai 5
sumber: oriental daily
Kedai 4
sumber: oriental daily

Seorang nenek berusia 80 tahun pernah mengunjungi restoran itu dan memesan sepinggan bihun goreng bersama secawan Milo dan hanya dicaj sebanyak RM2. Terkejut dengan harga itu, nenek itu telah melakukan sesuatu yang menyentuh hati Ezal.

“Dia pegang tangan saya dan air mata mula mengalir kerana dia tersentuh. Pada ketika itulah saya sedar bahawa makanan saya membantu ramai orang dan ianya membuatkan saya untuk terus bertahan,” kata Ezal.

Kalau anda teringin kunjungi restoran ini, kami senaraikan maklumat penting untuk anda ketahui:

Nama: Restoran Seringgit

Harga: Dari RM1

Waktu operasi: 6am hingga 4pm

Nombor telefon: 017-7437493 (Ezal Laksamana)

Alamat: No 1, Jalan Saujana 8, Taman Saujana, 86000 Kluang, Johor

Kalau anda berada berdekatan kawasan itu, jangan lupa singgah! Murah tuuuu!

Baca: Pemilik Restoran Arab di Johor Bahru Baik Hati Beri Pelanggan Bayar Seikhlasnya

Derma Ikhlas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.