in

Remaja Terpaksa Biar Diri Dirogol Berulang Kali Kerana Diugut Teman Lelaki

636030633731929494 1697262968 Rape
Gambar hiasan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kadang kala disaat getir dan terdesak, kita terpaksa melakukan sesuatu tanpa pilihan.


Seperti kisah seorang remaja perempuan yang terpaksa menyerahkan tubuhnya kerana takut diapa-apakan.

Remaja berusia 14 tahun itu dikatakan terpaksa membiarkan dirinya dirogol berulang kali oleh teman lelaki selepas dilaporkan sering dipukul dan diugut dengan parang.

636030633731929494 1697262968 Rape
gambar hiasan

Lelaki berusia 20 tahun itu dikatakan merogol mangsa berkali-kali semenjak lima bulan lalu, termasuk di rumah mangsa sendiri, lapor Harian Metro.

Mangsa yang ketakutan bagaimanapun tidak mendedahkan kejadian berkenaan kepada sesiapa sehingga minggu lalu apabila ditanya kakaknya yang menyedari perubahan dirinya.

[sociallocker id=1666]

Menurut kakaknya, mangsa menjadi pendiam kebelakangan ini selain turut melihat kesan lebam di badannya. Remaja itu kemudian membuat aduan di balai polis Banggol Judah, Machang pada 16 Februari lalu.

Balai 1

Kerana bimbang dengan keselamatan dirinya, mangsa terpaksa menyerahkan kehormatan kepada teman lelakinya. Mangsa juga tidak berani melaporkan kejadian itu kerana takut dicederakan suspek,” beritahu sumber.

Polis dilaporkan telah merekod keterangan sebelum mangsa diperiksa di hospital, namun menurut Ketua Polis Machang, DSP Dzulkifli Ab Ghani, suspek bagaimanapun belum berjaya diberkas.

[/sociallocker]

Tak dapat bayangkan ketakutan yang dialami gadis tu…

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.