in

Remaja Maut Terjatuh Dari Tingkat 16 Hotel Selepas Tergelincir Ketika Cuba Selfie di Parkir

Genting Feature

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semua orang suka bergambar dan merakamkan memori indah yang berlaku dalam hidup untuk dijadikan kenangan. Namun, jangan sampai anda lupakan keselamatan dan cuai kerana terlalu seronok mahu mengambil gambar. Malang tidak berbau.


Itulah yang berlaku kepada seorang lelaki berusia 20 tahun, P.Kanesh Naidu yang bertemu ajal ketika bercuti di Genting Highlands bersama tiga rakannya, lapor NST.

Genting 1
sumber: chinapress

Menurut World of Buzz, mangsa dan rakan-rakannya tiba di Genting Highlands kira-kira jam 2.50 petang dan parkir kenderaan di salah satu tempat parking hotel di tingkat 16. Ketika rakannya masih di dalam kereta, mangsa telah turun dari kenderaan terlebih dahulu kerana mahu merakamkan gambar pemandangan.

Dia kemudian memanjat salah satu dinding yang mengelilingi tempat parking tersebut untuk mengambil gambar selfie.

Malangnya, ketika berbuat sedemikian, mangsa telah tersilap langkah dan tergelincir dari dinding itu menyebabkannya jatuh hingga ke tingkat 7 hotel di mana dia dipercayai mati serta merta.

Genting 2
sumber: nst

Ketua Polis Daerah Bentong, Supritendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata,

“Mangsa mati disebabkan kecederaan parah di kepala dan badan, disebabkan jatuh dari tempat yang sebegitu tinggi.”

Mohamad turut berkata bahawa mangsa bekerja di sebuah restoran di Taman Sri Sinar, Kuala Lumpur dan telah ke tempat itu untuk bercuti bersama rakan-rakannya.

Siasatan rasmi oleh pihak polis mendapati tiada unsur jenayah dan mayat mangsa telah dihantar ke bilik mayat.

Berhati-hati semua! Memang seronok bergambar apatah lagi selfie, tapi janganlah sampai tahap membahayakan diri sendiri.

Baca: Lelaki Maut Terjatuh Jambatan Selepas Terlalu Gembira Lamaran Diterima Teman Wanita

Lamaran Feature

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.