in

Remaja Ketagih Permainan di Telefon Pintar Terjun Bangunan Kerana Dimarahi Bapa

Game

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketagihan terhadap permainan video juga boleh membahayakan nyawa. Tak percaya?


Baru-baru ini, seorang remaja berusia 13 tahun dari Hangzhou, China terjun dari bangunan apartmen selepas dimarahi bapanya. Selepas sedar di hospital, perkara pertama yang dilakukannya mengejutkan seluruh ahli keluarga.

Menurut World of Buzz, remaja bernama Zhang itu mengalami ketagihan teruk bermain permainan atas talian digelar ‘King of Glory’.

Game2
gambar hiasan

Ketika hari kejadian, bapa remaja itu berkata anaknya pulang ke rumah kira-kira jam 3 petang dan tidak melakukan apa apa selain hanya bermain ‘King of Glory’ di telefon pintarnya.

“Apabila saya pulang ke rumah pada jam 6 petang selepas habis bekerja, dia masih bermain permainan itu di telefon. Dia tidak membuat apa-apa ulangkaji meskipun akan menduduki peperiksaan keesokan hari,” kata bapanya.

Game3
sumber: china press

Melihat anaknya itu menjadi malas, dia menegur remaja berkenaan sebagai tanda sayang seorang bapa kepada anaknya. Namun, remaja itu terus ke balkoni dan terjun dari tingkat empat bangunan apartmen tersebut menyebabkan kedua-dua kakinya patah dan kehilangan gigi di bahagian hadapan.

Zhang kemudian segera dibawa ke hospital dan doktor menganggarkan dia perlu ditahan di hospital sekurang-kurangnya selama tiga bulan disebabkan keadaannya itu.

Game4
sumber: china press

Selepas sedar, perkara pertama yang diminta Zhang kepada bapanya sangat tidak disangka. Dia dengan selamba meminta untuk daftar masuk akaun permainan ‘King of Glory’! Whattt?!

Ketika bapanya tidak cukup rehat memikirkan keadaan anaknya itu, Zhang yang terlantar di atas katil tidak boleh tidur kerana tidak dapat bermain permainan tersebut.

Source 1

Ketika di hospital, remaja itu dikatakan menggumam sesuatu berkaitan dengan permainan tersebut yang sama sekali tidak difahami oleh bapanya.

Bapa Zhang sebenarnya sudah menyedari bahawa anaknya itu telah ‘melahirkan rasa cinta’ terhadap permainan ‘King of Glory’ lebih awal, namun tidak menyangka ianya akan menjadi seteruk ini.

Moga moga insiden ini membuka mata ramai remaja yang ketagihan apa juga jenis permainan kerana ianya akan mengganggu prestasi pembelajaran dan masa depan.

Baca: Masih Ramai Remaja Tak Serik Pakai ‘Fake Braces’ Meskipun Sudah Tahu Akibatnya

Braces

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.