in

Remaja Kantoi Curi Motosikal Lepas Tertinggal Kad Pengenalan Dalam Raga!

Ic2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kes kecurian seperti tiada kesudahannya di negara kita. Saban hari ada sahaja berita tentang kecurian yang kita dengar. Kecurian selalunya dilakukan secara sembunyi-sembunyi jauh daripada pengetahuan pemilik barang yang akan dicuri.


Pun begitu, sekumpulan remaja di Kuala Pilah, Negeri Sembilan ini bukan sahaja tidak berjaya mencuri secara tersembunyi, malah mendedahkan pula identiti mereka di tempat kejadian. Dalam insiden berlaku di kawasan kediaman jam 4 pagi itu, sekumpulan remaja menyangka bahawa mereka telah berjaya mencuri motosikal namun sesuatu yang tidak dijangka telah berlaku.

Ic1
sumber: china press

Salah seorang daripada kumpulan remaja tersebut rupa-rupanya telah tertinggal ‘barang penting’ yang digunakan untuk mencuri! Pada awalnya, pemilik motosikal yang berusia 27 tahun itu telah terjaga dari tidur gara-gara bunyi bising yang didengari di hadapan rumah. Melihat ke luar jendela, pemilik motor itu ternampak tiga orang lelaki berkelakuan mencurigakan di tempat dia meletakkan motor.

Terkejut dengan kelibat remaja-remaja berkenaan, lelaki itu segera memaklumkan perkara tersebut kepada abang ipar dan jirannya bagi meminta bantuan. Pun begitu, malangnya mereka tidak berjaya menangkap sekumpulan remaja terbabit. Bagaimanapun, pemilik motor itu tidak cepat berputus asa lalu meneruskan pencarian suspek.

Lain yang dicari, lain pula yang dijumpai. Pemilik motor tersebut khabarnya telah terjumpa dua motosikal dipercayai milik suspek setelah melakukan pencarian di sekitar kawasan perumahan itu. Tanpa disangka-sangka, pemilik motor tersebut telah terjumpa kad pengenalan yang dipercayai milik suspek berkenaan.

Ic3
sumber: wob

Mungkin menyedari bahawa dia telah tertinggal kad pengenalannya, remaja tersebut kembali ke tempat kejadian untuk mendapatkan kad pengenalannya. Nasi sudah menjadi bubur, remaja tersebut hanya menyerah diri selepas melihat apa yang berlaku.

Menurut pegawai polis bertugas, lima orang lagi suspek terlibat dalam kecurian telah ditangkap dan ditahan reman. Suspek yang terlibat berusia dalam lingkungan 15 hingga 21 tahun dan dipercayai pelajar sekolah menengah serta penuntut kolej. Kes kini disiasat di bawah Seksyen 379 (A) Kanun Keseksaan.

Siapa suruh mencuri, kan dah kantoi!

Baca: Lelaki Kantoi Cuba Mencuri Tak Takut Gambar Diambil, Tak Malu Mengaku Itu Kereta Sendiri

Kantoi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.