in

Remaja Dirakam Pecah Cermin Kereta Untuk Merompak di Pasir Gudang

Page 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Remaja Dirakam Pecah Cermin Kereta Untuk Merompak di Pasir Gudang
Loading
/

Kejadian kecurian, samun atau merompak seperti tiada kesudahannya di Malaysia ni. Di mana mana ada saja kita dengar kes kes sebegini. Zaman sekarang manusia semakin berani. Bukan setakat wanita dan warga emas menjadi target, lelaki juga boleh jadi mangsa. Lebih teruk lagi, mereka (pesalah) dah berani buat kerja terkutuk ni di waktu siang dan di tempat awam!


Funny Faces

Semalam, sebuah video dirakam Joyah Ali menunjukkan budak-budak dalam lingkungan umur 14-17 tahun cuba merompak dengan memecahkan cermin kereta orang awam yang di parkir berdekatan Public Bank di Sri Alam, Pasir Gudang.

C1

Beliau yang ketika itu dipercayai berada di pejabat, merakam kegiatan sekumpulan remaja itu dari tingkat atas. Menyedari tindakan remaja itu, beliau menjerit namun pada mulanya rakan sepejabat enggan turun dan hanya minta mereka semua berdiam saja (yelah, takut pulak berlaku apa apa pada mereka).

Penyamun ke budak ni”

Selepas melihat salah seorang remaja menendang cermin kereta jenis Perodua Viva itu, dua rakan pejabat Joyah ambil keputusan untuk turun dan sergah sekumpulan remaja itu. Ketika mereka sudah keluar dan sedang menuruni tangga, Joyah sempat menjerit supaya mereka bertindak lebih pantas selepas melihat salah seorang remaja mengambil batu untuk memecahkan cermin kereta tersebut.

Akak cepat kak!”

Walaupun cermin sudah berjaya dipecahkan, tetapi sekumpulan remaja itu tidak sempat menjayakan rancangan mereka (untuk merompak) kerana dua rakan pejabat Joyah sudah pun sampai dan menyergah mereka. Kesemua remaja itu terus berlari dan rakan Joyah sempat menjerit pada mereka:

Aku panggil polis! Woi!”

Kedua-dua mereka menjerit ke arah sekumpulan remaja itu dan seolah-olah ingin mengejar dengan tujuan menakut-nakutkan. Mereka kelihatan gembira kerana berjaya mematahkan rancangan sekumpulan remaja itu.

Tidak pasti jika laporan polis dibuat atau tidak, tapi tahniah diucapkan kepada mereka di atas tindakan berani untuk berdepan dengan sekumpulan remaja itu sekaligus menggagalkan rancangan mereka untuk merompak.

Giphy Originals Excited Yes Clapping Applause

Walaupun remaja itu semua sempat melarikan diri, sekurang-kurangnya barang-barang pemilik kereta itu tidak sempat dicuri oleh mereka dan ada bukti rakaman video jika ingin ditunjukkan pada pihak berkuasa.

Tak semua berani dan akan ambil tindakan yang sama. Mungkin rasa takut orang awam untuk masuk campur itu menjadi salah satu sebab mereka (pesalah) lebih berani membuat kegiatan ini di waktu siang dan di tempat awam.

Macam mana nak banteras kegiatan sebegini dalam masyarakat kita? Apa pendapat korang?

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.