Remaja Berusia 21 Tahun Ini Bongkar Bagaimana Dia Langsaikan Hutang RM100K

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Tidak dapat dinafikan lagi, kos sara hidup sekarang sangat tinggi. Tak kira sama ada bagi mereka yang sudah berkahwin mahu pun yang masih bujang, semuanya memerlukan duit. Seperti yang kita ketahui juga, kos untuk sambung belajar bukannya murah. Pelajar terpaksa mengambil pinjaman walaupun dikenakan faedah yang tinggi.

Seperti perkongsian yang dikongsikan di IIUM Confessions, di mana remaja ini menanggung hutang sebanyak lebih daripada RM100 ribu ketika usianya 21 tahun. Banyaknyaaa! Menurut lelaki ini, dia tersilap memilih tempat bagi menyambung pengajiannya pada peringkat diploma.

Gambar hiasan

“Aku 22 tahun. Tersalah pilih tempat sambung diploma. Berjaya tamatkan pengajian dalam diploma pengurusan dengan hutang 100k+ di zaman kegawatan 2016 semasa umur 21 tahun!”

“Inilah silap paling bodoh aku pernah buat dalam hidup aku patah lagi aku bukannya datang dari keluarga orang berada”

Tambahnya, bidang yang diambil juga bukanlah bidang professional seperti perubatan, jurutera atau arkitek. Bebannya bertambah apabila sukarnya untuk  mencari kerja yang berkaitan dengan bidang yang dia ada serta gaji yang lumayan.



Gambar hiasan

“Terus terang gaji paling tinggi aku dapat basic RM1200 je dengan guna diploma”

Hidupnya pada waktu itu sangat tertekan kerana sentiasa memikirkan hutang yang ditanggung.

“Lepas 4 bulan kerja dengan basic RM1200 tanpa elaun dan ot aku nekad resign. Dua bulan aku menganggur dekat rumah. Mulanya aku cuba apply dengan syarikat-syarikat dalam Malaysia, tapi sebab offer yang aku dapat tak seberapa akhirnya aku dapat idea untuk cuba kerja di Singapura”

Dia mengambil keputusan untuk mencuba nasib di Singapura, dan nasib menyebelahinya. Dia berjaya mendapat kerja dengan jawatan sebagai pembantu di sebuah gudang di sana dengan purata gaji 2000 dolar apabila dicampur dengan elaun dan overtime. Menurutnya lagi, dia bekerja 12 jam dan 6 hari seminggu.

“Kerja memang macam kuli batak la tapi bagi aku berbaloi”

Niat dia bekerja di sana adalah untuk mengumpul duit gajinya itu bagi membayar segala hutang. Maka, hidupnya di sana sangat biasa. Tiada hiburan, tiada makan mewah.

Gambar hiasan

“Jadi setiap bulan aku cuma belanja 200 dolar untuk bilik (kongsi 3 orang), 250 dolar untuk makan, bil telefon. Transport pula disediakan oleh syarikat tersebut”

“Makan biasa masak sendiri dan bawa bekal untuk jimat kaw-kaw. Kalau bajet ada lebih bawa ke bulan depan”



“Jadi lepas dah settle duit belanja aku tinggal la dalam RM4.6k, RM600 untuk parents. Baki simpan ke tabung haji. Dah genap setahun aku kerja, simpanan aku pun dah cecah RM49k bulan lepas”

Dia turut memaklumkan sebab dia memilih tabung haji untuk menyimpan duit-duitnya itu,

“Sebab institut yang memberi pinjaman belajar pada aku menawarkan diskaun bagi pelajar yang menamatkan pengajian. Jadi aku tunggu diskaun lulus dulu. Lagipun tiap-tiap tahun ada dividen selain dapat dimasukkan dalam senarai queue untuk pergi haji”

Rancangannya sekarang, dia akan bekerja di sana selama 3 ke 4 tahun bagi mengumpul duit untuk sambung belajar ke peringkat ijazah selepas itu. Dia turut berpesan,

“Untuk adik-adik yang nak sambung belajar dekat ipts tu hati-hati pilih temapt belajar. Tak kisah lah dia janji senang dapat kerja ke gaji tinggi ke apa ke. Semua tu bullshit. Fikir sampai hangus-hangus dulu”

Hebat.. Jadi pelajar yang ambil pinjaman tu boleh lah ikut cara ini untuk langsaikan hutang-hutang tu 🙂

Baca: Suami Kongsikan Pengorbanan Isteri, Berikan RM1,000 Ketika Dalam Kesusahan



Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Zarith Sofea

Seorang gadis yang minat membaca dan melayari internet untuk lebih cakna tentang gosip dan berita terkini. Peka dengan keadaan semasa tetapi tidak mudah terpengaruh dengan budaya fitnah yang tidak sihat.