Remaja 18 Tahun Pitam Sebelum Meninggal di Pusat Beli Belah Ketika Sedang Cari Kerja

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Mencari pekerjaan zaman sekarang sememangnya bukan perkara remeh. Terpaksa bergegas ke satu tempat dari satu tempat yang lain demi mengejar peluang pekerjaan sudah pastinya meletihkan. Namun, malang tidak berbau apabila sesuatu yang mengejutkan berlaku kepada seorang remaja sewaktu sedang mencari kerja.

Menurut Berita Harian, seorang remaja perempuan berusia 18 tahun telah disahkan meninggal dunia selepas mengadu tidak sihat ketika sedang mencari pekerjaan di Pusat Beli Belah Kiara Square di Bahau, Negeri Sembilan semalam.

Sumber: Berita Harian

Remaja perempuan dikenali sebagai Amiratul Hakimah Ismail yang berasal dari Kampung Bahau, Batu Kikir dikatakan telah dihantar ke tempat kejadian oleh ibu serta bapanya pada jam 12:30 tengah hari. Amiratul pada ketika itu bersama dengan rakannya yang turut berada di tempat kejadian.



“Tidak lama kemudian, mangsa memberitahu rakannya dia mahu pitam sebelum rebah. Dia kemudian tersedar selepas dikejutkan dan sempat memberitahu mahu muntah,” kata Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim.

Mangsa yang pitam kemudiannya berjaya dikejutkan namun terpaksa dipapah dan dibawa untuk duduk di kerusi berhampiran. Sejurus selepas itu, Amiratul dilihat tercungap-cungap sebelum tidak sedarkan diri.

“Dia dipapah untuk duduk di kerusi berhampiran sebelum kelihatan tercungap-cungap dan tidak sedarkan diri,” kata Hishamuddin lagi.

Sumber: MT

Ketua Polis Daerah Jempol itu turut memaklumkan bahawa orang ramai telah menghubungi ambulans sewaktu kejadian berlaku namun pegawai perubatan yang tiba kemudiannya mengesahkan dia sudah pun meninggal dunia.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Jempol untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.



Kesiannya meninggal sewaktu sedang cari kerja. Hati-hati semua, sentiasa jaga kesihatan walaupun ada banyak yang perlu diselesaikan. Al-Fatihah.

Baca: Doktor Rebah dan Maut Depan Pesakit Selepas Bekerja Syif 18 Jam Tanpa Rehat

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Asma' Razak

Suka dinosaur tetapi minat filem bergenre futuristik, bercita-cita mahu jadi vegetarian dan berharap ikan diklasifikasikan sebagai tumbuhan.