in

Remaja 14 Tahun Muat Naik Foto Dipatuk Ular, Meninggal Beberapa Jam Kemudian

Cobraaaaa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Anda suka bela haiwan peliharaan? Haiwan yang paling biasa dibela orang zaman sekarang pastinya kucing, anjing ataupun hamster. Tapi ada juga yang suka membela haiwan reptilia unik seperti cicak gecko, kura-kura dan haiwan berbisa seperti tedung yang kian diminati ramai.


Namun, hati-hati ketika membela haiwan yang berbisa kerana anda pasti tidak mahu perkara buruk berlaku seperti apa yang menimpa remaja ini. Menurut Coconuts, seorang remaja berusia 14 tahun maut selepas dipatuk tedung belaannya di Bandung, Jawa Barat minggu lalu.

B88C6Dea 821A 4438 A86B C26Fef13A2E3 43
sumber: detik

Apa yang lebih mengejutkan, tragedi yang menimpa remaja bernama Aril ini telah dimuat naik di WhatsApp Story mangsa sendiri sebelum dia meninggal dunia akibat kesan bisa patukan.

Menurut Detik, Aril memuat naik foto-foto tersebut di WhatsApp pada 11 Disember yang lalu. Foto pertama telah dimuat naik sekitar jam 9.50 pagi, menunjukkan tedung belaan Aril kelihatan sedikit agresif ketika remaja tersebut mengambil foto selepas memandikan reptilia berkenaan.

Bersama gambar itu, Aril menulis,

Senyum dikit napa (Kenapa tak senyum sikit?)” 

194Cbf8A B7Df 4668 9C9E D4797D8B583A
sumber: detik

Empat minit kemudian, Aril memuat naik lagi sebuah foto. Kali ini ia menunjukkan keadaan tangan Aril yang berdarah akibat kesan patukan dan pangkal lengan tersebut dillilit kuat dengan tali kasut. Aril menulis,

Antara hidup dan mati.” 

13Da09A1 0B6F 4D5A 8B19 7B9655801Bb8
sumber: detik

Menurut ibu Aril, Neuis Marpuah, ketika kejadian tersebut berlaku, dia tidak ada di rumah kerana bekerja manakala suaminya pula berada di luar negara. Aril keseorangan di rumah dan tiada siapa yang dapat membantunya ketika terkena patukan berbisa itu.

“Tujuan Aril membuat status itu (WhatsApp Story) bukan untuk menunjuk-nunjuk, tetapi dia ingin meminta pertolongan daripada rakan-rakannya. Namun disebabkan tiada yang datang membantu, dia menulis status, ‘Kalau anda rasa anda rakan saya, tolong bawa saya ke hospital’,” jelas ibunya.

Alahai kesiannya…

Malah menurut ibunya, bukan Aril tidak cuba menghubungi rakan-rakan di kumpulan komuniti reptilia yang disertainya, namun panggilannya tidak bersambung sehingga dia membuat keputusan untuk memuat naik status di WhatsApp.

Walau bagaimanapun, mangsa akhirnya telah dibawa oleh sekumpulan rakan ke hospital kira-kira jam 11 pagi. Malangnya, Aril disahkan meninggal dunia pada jam 10 malam hari yang sama.

Aril atau nama sebenarnya, Syahril Sultan Nasir adalah seorang penggemar ular dan telah mengumpul lebih daripada sedozen ekor ular. Dia juga seorang ahli aktif dalam komuniti penggemar ular di Bandung dan sering mengadakan pertunjukan jalanan yang merbahaya melibatkan ular berbisa untuk mengumpul dana bagi mangsa bencana.

Takziah buat keluarga Aril…

Baca: “Jangan tak merasa malam pertama sudah la” – Wanita Buat Persembahan Ular Tedung di Hari Perkahwinan

Ulars

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.