in

Rakyat Boleh Naik Pengangkutan Awam Tanpa Had Untuk RM100 Sebulan Jika Pakatan Menang PRU14!

Pakatan Wants To Introduce Monthly Rm100 Unlimited Travel Passes For Public Transport World Of Buzz 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ribuan rakyat Malaysia menaiki pengangkutan awam untuk ke tempat kerja mahupun ke universiti hampir setiap hari dan wajarlah kiranya sesetengah penumpang pengangkutan awam ini merungut jika tambang pengangkutan tersebut naik secara mendadak!


Namun kini menurut MMO, Pakatan Harapan (PH) telah dilaporkan berjanji untuk melaksanakan pas perjalanan tanpa had yang bernilai RM100 sebulan kepada pengguna pengangkutan awam jika mereka memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 ini. 

ADUN Serdang, Ong Kian Ming dari DAP berkata usul ini bakal membantu rakyat dalam mengurangkan kos hidup dan menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia menggunakan pengangkutan awam untuk perjalanan seharian.

Pakatan Wants To Introduce Monthly Rm100 Unlimited Travel Passes For Public Transport World Of Buzz
sumber: wob

Dia juga turut memetik statistik daripada Kementerian Pengangkutan yang menunjukkan bahawa terdapat peningkatan penumpang pada Ogos tahun lalu apabila tambang pengangkutan awam diberi diskaun sebanyak 50 peratus.

Malah sebanyak 262,606 orang dilaporkan menggunakan laluan LRT Kelana Jaya pada bulan tersebut, namun statistik ini jatuh kepada 43,038 penumpang pada bulan yang seterusnya selepas tempoh diskaun tamat. 

Penurunan penumpang dalam menaiki laluan LRT Ampang, MRT dan KL Monorail juga dilihat berlaku dalam tempoh yang sama.

Menurut ADUN Serdang, penurunan jumlah penumpang ini jelas menunjukkan keperluan dalam tambang pengangkutan awam yang rendah kerana kebanyakan penumpang mementingkan harga tambang pengangkutan tersebut. Selain itu, dia juga berkata bahawa disebabkan berbilion ringgit telah dihabiskan dalam membina servis ini, tambang yang berpatutan haruslah dilaksanakan supaya lebih ramai orang boleh menaikinya.

Pakatan Wants To Introduce Monthly Rm100 Unlimited Travel Passes For Public Transport World Of Buzz 2
sumber: wob

“Inilah sebabnya penting untuk memperkenalkan pas pengangkutan awam bulanan yang berpatutan supaya penumpang dapat menaiki LRT, MRT, Monorel dan bas Rapid KL tanpa had dan ini juga sebagai salah satu cara untuk meningkatkan penggunaan pengangkutan awam,” kata Ong.

“Saya yakin dengan pengenalan kepada pas ini, penggunaan terhadap pengangkutan awam terutamanya LRT, MRT dan bas Rapid akan meningkat mendadak, malah lebih banyak daripada jumlah penumpang harian pada bulan Ogos 2017 apabila tambang LRT dan MRT dikurangkan kepada 50 peratus.”

Apa pendapat anda mengenai pas bulanan yang dicadangkan? Okay ke tak? Komen pendapat anda! 

Baca: Pengguna LRT Kini Dibenarkan Bawa Masuk Basikal Dalam Tren Untuk Elak Kesesakan Lalu Lintas di Kuala Lumpur

Lrt

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.