in

Rakan Dakwa Lelaki Berwajah Anime Guna Aplikasi Camera 360 dan Beauty Plus Untuk Tipu Orang Ramai

Miyyo F1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kecoh di media sosial minggu lepas kisah seorang lelaki membuat pembedahan hampir RM200,000 hanya kerana ingin memiliki wajah seperti watak animasi di dalam permainan Final Fantasy. Namun tup-tup hari ini lain pula ceritanya.


Menurut Mstar, seorang wanita dengan nama Bella Barbie di laman Facebook telah mendakwa Miyyo Rizone ‘tidak wujud’. Aik jadi gambar di media sosial tu siapa pulak??

Bella Status
sumber: facebook

Bella Barbie menjelaskan bahawa imej anime Miyyo telah dicipta menggunakan aplikasi penyuntingan seperti Camera 360 dan Beauty Plus. Malah menurutnya, nama sebenar Miyyo juga bukanlah seperti yang dikatakan sebelum ini iaitu Amirul Rizwan Musa, tetapi Muhammad Syahrizal Ikhwan Musa. Biar betul dia ni?? 

Miyyo Edit
sumber: facebook

Tujuan Bella mendedahkan hal tersebut adalah kerana dia tidak mahu masyarakat terus ditipu dan terpedaya dengan gambar-gambar Miyyo yang telah disunting.

Dia juga memberitahu bahawa Miyyo pernah menolak sesi temuramah secara live bersama sebuah stesen radio tempatan kerana bimbang fizikal yang sebenar berbeza dari gambar yang tular di media sosial.

Saya ada gambar dia tanpa solekan, dia sunting semua gambar menggunakan aplikasi Camera 360 dan Beauty Plus. Saya tahu kerana dia selalu sunting gambar-gambarnya di sebelah saya.”

19875419 109094759737090 2726625032065904721 N
sumber: facebook

Bella juga dahulu terkejut kerana pernah cuba menyunting gambarnya sendiri menggunakan aplikasi tersebut dan mukanya boleh berubah seakan-akan Miyyo. Wow kuasa editing! Siapa tahu kan…

19884528 109094796403753 5098675954512174064 N
sumber: facebook
Miyyo Dan Bella New
sumber: mstar

Malah menurut Bella, Miyyo tidaklah tinggi dan memiliki jawline (rahang yang tajam) atau pun kurus bak model seperti gambar yang tersebar di media sosial tersebut. Dia juga pernah menemani Miyyo membuat pembedahan dan mendakwa Miyyo menipu akan jumlah sebenar pembedahan tersebutCiss tipu lagi! 

19756681 109094799737086 4540363416630999410 N
sumber: facebook

“Saya selalu ulang-alik Thailand. Kos pembedahan hidung dan dagu cuma RM1,000 setiap satu, malah kos menipiskan bibir di Thailand hanyalah RM1,000,” kata Bella.

Yang menjadi persoalannya, mengapa pula Miyyo memberitahu yang dia hanya membuat pembedahan sebanyak dua kali dengan harga bernilai RM200,000? Ish, ish, ish!

Malah pada Jumaat lepas, Miyyo sempat memuatnaik ‘berita baik’ kononnya dia telah mendapat tawaran kontrak daripada agensi bakat dari Korea Selatan melalui e-mel. Menurut e-mel tersebut, Miyyo dikatakan telah lulus sesi uji bakal menerusi Skype bersama agensi tersebut Khamis lalu.

Dia ditawarkan untuk menganggotai sebuah kumpulan K-Pop yang akan ditubuhkan pada musim luruh yang akan datang.

Miyyosurat
sumber: mstar

Walau bagaimanapun menurut Mstar, buat masa ini Miyyo masih tidak dapat dihubungi sama ada melalui aplikasi WhatsApp ataupun panggilan untuk menjawab dakwaan sahabatnya itu.

Pun begitu perkongsian Bella Barbie di Facebook telah mendapat pelbagai komen dari netizen yang mengecam tindakan Miyyo, tidak kurang juga yang menyokong Miyyo dan menganggap Bella sekadar ingin menjatuhkan Miyyo.

Miyyo Komen
sumber: facebook

Berbanggalah dengan wajah kurniaan Tuhan. Hitam ke, putih ke tak penting semua tu. Yang penting hati mau bersih, tau??

Baca: Lelaki Berhabis RM200,000 Demi Miliki Wajah Seperti Watak Animasi

F 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.