in

Rakaman CCTV Saat Orang Awam Kejar dan Halang Peragut Melarikan Diri Dipuji Netizen

A 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Rakaman CCTV Saat Orang Awam Kejar dan Halang Peragut Melarikan Diri Dipuji Netizen
Loading
/

Sebuah video rakaman CCTV menunjukkan orang awam membantu seorang wanita yang diragut menjadi viral di media sosial dan netizen memuji tindakan mereka bersama-sama menghalang peragut daripada melarikan diri.


Kejadian itu berlaku di Ipoh pada 28 Mac 2017.

Pada awal permulaan video dua lelaki yang menaiki motorsikal dilihat mendekati sebuah Proton Wira berwarna hijau di sebuah lorong kedai di bandar Ipoh.

Pembonceng itu kemudian turun dari motorsikal dan membuka pintu kereta bahagian pemandu dan terus menarik keluar beg tangan wanita berkenaan.

A4 1

Sebaik sahaja menarik beg tangan itu, pembonceng berkenaan terus meloncat naik motorsikal dan wanita berkenaan kemudian keluar tetapi tidak mampu berbuat apa-apa memandangkan kedua-dua lelaki itu mahu melarikan diri.

Namun, tiba-tiba muncul dua lelaki dari bahagian hadapan bangunan kedai itu dan terus berlari menuju ke arah dua peragut tersebut.

Menyedari laluannya terhalang, penunggang itu mengundurkan motorsikal untuk menggunakan jalan lain melarikan diri.

Dalam keadaan kelam kabut, penunggang itu hilang imbangan dan salah seorang orang awam melompat sebelum menendang bahagian belakang motor menyebabkan peragut tersebut jatuh.

A5 1

Mujurlah, seorang lagi lelaki muncul dan membantu menangkap pembonceng berkenaan yang cuba melarikan diri. Kedua-dua peragut itu boleh dilihat mencuba sedaya upaya untuk melepaskan diri tetapi tidak berjaya.

Selepas beberapa minit berlaku pertempuran antara lima lelaki itu, sekumpulan orang awam berpusu-pusu datang untuk menghalang mereka berdua daripada melarikan diri.

Ragut

Bagaimanapun, di penghujung video, penunggang motorsikal berkenaan berjaya melarikan.

Apa-apa pun, pastikan kereta terus dikunci sebaik sahaja masuk. Apatah lagi di kawasan sebegitu. Bahaya!

Tonton video itu di bawah:

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.