in

“Rajin-rajinkanlah check balik resit” -Wanita Terkejut Dicaj Ratusan Ringgit Lepas Beli Ikan Bilis!

Ikan Blur

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rakyat negara kita sudah lali dengan berita harga barang yang naik mendadak dek keadaan ekonomi negara yang tidak stabil. Pun begitu, siapa tidak terkejut jika dicaj ratusan ringgit untuk barangan yang harganya hanya beberapa ringgit sahaja.


Inilah yang berlaku kepada seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Nik Yam Chik Zainab yang telah berkongsi kisahnya membeli barangan dapur di sebuah pasar di Tanjung Malim, Perak. Nik menulis satu entri di laman Facebook miliknya menceritakan pengalamannya dikenakan bayaran dengan kadar yang tidak masuk akal.

C1
sumber: facebook

Dalam entri tersebut Nik memberitahu bahawa dia terkejut ketika memeriksa resit pembelian barangannya kerana terlihat harga ikan bilis yang dibeli dikenakan caj harga ratusan ringgit.

“Ikan bilis yang berharga RM2.24 tiba-tiba jadi RM348.”

Nik yang merupakan seorang pelajar telah berkunjung ke sebuah pasar selepas selesai menduduki peperiksaan. Menjangka bahawa dia hanya akan berbelanja sebanyak RM200, Nik terkejut apabila dimaklumkan barangan yang dibelinya berjumlah RM586.75 sewaktu di kaunter pembayaran.

C2
sumber: facebook

Pelajar tersebut membayar jumlah tersebut dengan wang berjumlah RM600 dan menerima duit baki sebanyak RM13.25. Nik yang mempunyai kebiasaan untuk menulis semua barangan yang dibeli merasa pelik dengan jumlah pembelian yang dibuat. Oleh sebab itu, pelajar tersebut memeriksa kembali resit yang diperolehi dari pasar terbabit.

Sejurus selepas itu, Nik mendapati bahawa ikan bilis yang dibeli dilabel dengan nama Silverside CTN dan berharga RM348! Bernasib baik kerana memeriksa resit pembeliannya terlebih dahulu, Nik kembali ke pasar tersebut dan menjelaskan apa yang berlaku kepada juruwang berkenaan.

C3 1
sumber: facebook

Selepas menerangkan apa yang berlaku, Nik bernasib baik kerana wangnya dikembalikan semula. Nik di dalam entrinya berpesan kepada orang ramai untuk lebih berhati-hati sewaktu membeli barangan dan jangan lupa untuk terus check resit selepas membeli barang.

“Rajin-rajinkanlah check balik resit yang kita dapat tu, total barang tu betul ke tidak.”

Nasib baik dia cek dulu! Korang semua pun jangan lupa cek dulu resit pembelian lepas membeli-belah ye takut jadi macam ni. Kadang kala, boleh jadi cashier tersalah tekan ke apa…

Baca: “Lain kali tengok harga dulu!” – Lelaki Terkejut Dicaj Rm600 Untuk Kari Kepala Ikan

Ikan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.