in

Raja Ilya Didakwa Menipu Konon Dapat Tawaran Bintangi Filem Marvel?

Raja Ilya Tipu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang tak kenal dengan Raja Ilya, pelakon kacukan Melayu, Arab dan Malayalam yang jelita dan serba serbi berkebolehan? Semenjak dua menjak ini, nama Raja Ilya sering menjadi sebutan ramai oleh kerana ditawarkan berlakon dalam sebuah filem terbitan Marvel.


Ilya 4
sumber: instagram

Pun begitu, kini timbul pula kisah yang pelakon jelita tersebut didakwa menipu akan tawaran lakonan yang diterimanya.

Menurut ‘siasatan’ yang dilakukan portal The Hype Geek, tiada sebarang laman web atau portal berita luar negara yang menulis tentang pembabitan aktres Malaysia di dalam sebarang filem Marvel.

Malah kesemua sumber mengenai berita tersebut hanya datang dari portal berita Malaysia dan hasil temubual bersama Raja Ilya sahaja. Alamak! Biar betul ni? 

Ilya 3
sumber: instagram

The Hype Geek juga mendedahkan, pada tahun 2015 Raja Ilya pernah membuat kenyataan bahawa dia akan membintangi sebuah filem Bollywood dan berlakon di samping aktres terkenal Kajol.

Namun bagai dibawa angin lalu, berita tersebut tenggelam dan sehingga kini carian mengenainya tiada, termasuklah kewujudan pengarah T. Anand yang digembar-gemburkan Raja Ilya.

Melalui temubual bersama Utusan Online, Raja Ilya menegaskan bahawa dia bukan seorang ‘kaki auta’. Malah katanya lagi, terpulanglah kepada mereka di luar sana ingin mengecamnya sebagai berbohong atau sebaliknya.

“Secara jujurnya ini merupakan kali pertama saya mendengar tentang tuduhan menipu. Terpulanglah kepada mereka yang nak cakap saya berbohong atau sebaliknya.

“Hanya kerana saya belum cukup popular jadi apabila saya berkongsi cerita mengenai berita berkenaan orang tidak percaya dan anggap saya menipu.

“Sedikit pun saya tidak terkesan dengan tohmahan yang dilemparkan malah kini saya sedang mempersiapkan diri dari pelbagai aspek termasuklah mental dan fizikal untuk menjayakan tawaran tersebut,” katanya.

Haish nak percaya yang mana satu ni??

Ilya 2
sumber: instagram

Apabila disoal mengapa dia tidak mendedahkan judul filem yang bakal dibintanginya itu, Raja Ilya menjawab:

“Mengenai judul filem, lokasi penggambaran serta pelakon lain, saya sendiri tidak tahu-menahu dan mereka tak beritahu lagi.

“Biarlah pihak produksi yang umumkan nanti sebab saya hanya dapat skrip untuk babak saya sahaja.”

Dalam pada itu, Raja Ilya yang bakal terbang ke Los Angeles, Amerika Syarikat pada awal tahun depan untuk penggambaran filem tersebut mengaku dia akan menjalani pembedahan atas nasihat doktor kerana masalah kesihatan.

“Saya dinasihatkan oleh doktor yang merawat untuk membuang ketulan di bahagian perut yang sudah dua tahun saya hidapi.

“Demi filem tersebut saya sanggup lakukan apa sahaja asalkan keadaan tubuh badan dan kesihatan tidak terganggu ketika berada di Los Angeles nanti,” katanya lagi.

Ilya 1
sumber: instagram

Malah dakwaan untuk menjalani pembedahan plastik demi mencantikkan penampilan disangkal juga keras Raja Ilya. Menurutnya, ramai yang salah sangka akan pembedahan ketumbuhan yang bakal dilakukan dan dia tidak berniat langsung untuk mengubah ciptaan Tuhan.

Buat masa ini, Raja Ilya mengaku yang dia masih belum menerima sebarang tawaran berlakon bagi tahun ini kerana ingin berehat dan meluangkan masa untuk bersenam demi mempersiapkan diri untuk menjayakan watak dalam filem Marvel yang bakal dibintanginya nanti.

Kita tunggu sajalah sama ada filem itu keluar atau tidak. Kalau benar, tahniah buat Raja Ilya kerana telah mengharumkan nama Malaysia di mata dunia. 

Baca: “Mana tahu rezeki dapat berduet…” – Fazura Kongsi Detik Manis Bertemu Selena Gomez

Selena Faz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.