in

Putera Mateen Tetap Menang di Hati Peminat Walaupun Tewas Dengan Pasukan ‘Abah’ KJ

Kj Mateen 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Petang semalam telah berlangsungnya acara ekuestrian polo yang paling dinanti-nantikan apabila pasukan Malaysia telah mencipta kemenangan 12-4 ke atas pasukan Brunei.


Pertembungan di antara pasukan Malaysia yang turut diwakili oleh ‘abah’ tall, dark and handsome, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dengan pasukan jejaka idaman ramai, Putera Abdul Mateen itu menjadi topik perbualan hangat di media sosial semalam.

1503403064 483 Video Penuh Team Kj Belasah Brunei Dalam Aksi Pembukaan Acara Sukan Polo
sumber: karya hati
Khairy Polo 2208
sumber: the malay mail

Meskipun pasukan kerabat Brunei kalah di tangan Malaysia, rata-rata netizen yang meminati jejaka tersebut mengakui Putera Mateen telah berjaya memenangi hati mereka. Amboi bukan main ye gadis-gadis zaman sekarang! 

Mateen Comment
sumber: astro awani

Pun begitu, lain pula ceritanya dengan golongan lelaki yang mempersoal minat kaum wanita yang secara tiba-tiba akan permainan tersebut hanya kerana penglibatan kedua-dua lelaki yang terkenal itu. Eleh, abang-abang ni semua jeles lah tu! 

Kutuk Mateen Comment
sumber: twitter

Rasanya bukan saja-saja kaum wanita boleh terpesona dengan dua personaliti ekuestrian polo ini. Mereka berdua bukan sahaja kacak, malah dikatakan pandai melayan peminat dan penyokong pasukan mereka. Kan??

Dh1Erefvoaeowxz
sumber: twitter
Dh1Ereyuqaetvid
sumber: twitter

Berikutan acara ini dilabel sebagai ‘wajib tengok’ pada Sukan SEA 2017 ini, orang ramai dilihat telah berpusu-pusu tiba di Pusat Ekuestrian Putrajaya seawal jam 2.30 petang bagi mendapatkan tempat duduk tanpa menghirau cuaca panas. 

Ratusan peminat juga dilihat berdiri di tepi padang untuk mengambil peluang melihat putera raja dari Brunei itu dari dekat.

Orang
sumber: astro awani

Turut hadir menyaksikan perlawanan tersebut ialah Sultan Brunei Sultan Hasanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah dan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah. Malah bekas Perdana Menteri Malaysia yang kelima, Tun Abdullah bersama keluarga dilihat turun memberi sokongan kepada Khairy Jamaluddin.

Tun Ab
sumber: instagram

Malaysia bakal bertemu dengan pasukan Singapura pada 24 Ogos nanti di Kelab Polo Diraja Selangor. Go #TeamMalaysia! 

Baca: Kemunculan Putera Mateen di Sukan SEA Buat Peminat Tempatan Histeria

Selfie Mateen

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.