in

Polis Kacak Jadi Kegilaan Gadis Lepas Selamatkan Wanita Cuba Terjun Bangunan Tingkat 16

Okok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tugas polis adalah untuk menyelamatkan keadaan atau individu yang berada dalam situasi yang berbahaya. Baru-baru ini, seorang polis di China tular apabila telah berjaya menyelamatkan seorang wanita hamil yang mengancam untuk terjun dari bangunan tingkat 16.


Bukan hanya kerana keberanian dan kecekapannya menjalankan tugas, polis berusia 25 tahun itu turut menjadi tumpuan ramai kerana rupa paras yang dimiliki. Menurut The Star, polis lelaki dikenali sebagai Wang Haobin itu dikatakan tiba di tempat kejadian sejurus selepas menerima panggilan tentang seorang wanita yang cuba untuk membunuh diri.

P1
sumber: sina

Tiba di lokasi tersebut sebelum sebarang kehilangan nyawa berlaku, Wang dan rakan sekerjanya berjaya menghalang cubaan bunuh diri wanita yang dipercayai terlibat dalam permasalahan keluarga itu.

“Sewaktu kami tiba, suami wanita itu sedang memegang ikatan rambut isterinya dan sudah hampir terlepas genggamannya. Jika kami lambat sampai mungkin suaminya tidak akan dapat bertahan lagi dan mungkin wanita itu tidak akan dapat diselamatkan,” kata anggota polis tersebut.

P3
sumber: sina
P4
sumber: sina

Selepas insiden berkenaan, berpuluh-puluh wanita dan ibu bapa mereka dikatakan telah menelefon sebuah balai polis yang terletak di Hangzhou wilayah Zhejiang untuk mendapatkan maklumat tentang polis kacak tersebut. Wow, sampai macam tu sekali!

Mereka menghubungi balai polis terbabit bukan kerana mahu melakukan laporan kecemasan namun dikatakan mahu mengatur temu janji dengan Wang! Mereka juga mahu mendapatkan maklumat tentang polis kacak tersebut sama ada dia sudah berpunya atau sebaliknya.

P6
sumber: sohu
P5
sumber: sohu
Kc
sumber: sina

Ada juga yang cuba untuk mengejar Wang selepas dia habis bertugas. Rakan sekerja yang menerima panggilan bagi pihak Wang memberitahu bahawa pihaknya tidak boleh mendedahkan maklumat peribadi lelaki berkenaan kepada orang awam. Berdasar satu temubual, Wang rupa-rupanya seorang ahli gimnastik sebelum dia menyertai pasukan polis.

Wang yang dikatakan masih belum berpunya mengakui bahawa dirinya tidak tergesa-gesa untuk mencari pasangan.

Diharap panggilan yang diterima Wang di balai polis tidak mengganggu kelancaran perkhidmatan polis bertugas. 

Baca: Orang Ramai ‘Cair’ Tengok Ke-handsome-an Dua Atlet Wakili Malaysia ke Sukan Olimpik Ini

Atlet

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.