in

Pihak Berkuasa Salah Kenal Pasti Mayat, Keluarga Terkejut Nelayan Pulang Selepas 7 Bulan Upacara Pengebumian

Fi Mayat4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang tak meremang bulu roma bila orang yang dah mati, tiba-tiba pulang ke rumah beberapa bulan selepas pengebumian untuknya dijalankan. Namun, itulah yang berlaku kepada keluarga ini yang terkejut dengan kepulangan seorang ahli keluarga mereka selepas disahkan mati dan telah disemadikan.


Mayat1
sumber: the nation

Menurut The Star, 7 bulan yang lalu, pihak polis telah menemui jasad lelaki yang sudah mereput di dalam sebuah bilik sewa di daerah Phra Nakhon, Bangkok. Polis Nang Lerng, Pol. Kolonel Superintenden Kampanart Arunkhiriroj, menjelaskan bahawa polis telah mengikut prosedur dalam melaporkan kematian lelaki yang tidak dikenali itu pada 20 Mei lalu.

Mayat4
sumber: the nation

Tambahnya lagi, mereka telah menjumpai salinan kad pengenalan Thai tidak bergambar, salinan kertas pendaftaran rumah dan kad pekerja syarikat keselamatan dengan nama Sakhon Sacheewa sebelum menghantar mayat tersebut ke rumah mayat Hospital Vajira untuk dibedah siasat.

Keluarga Sakhon telah dihubungi selepas bedah siasat ke atas lelaki itu mengesahkan bahawa dia telah mati kerana jangkitan di perut dan usus. Menurut The Nation, pada awalnya, ahli keluarga telah menafikan bahawa mayat tersebut ialah Sakhon berdasarkan giginya yang penuh dan jongang sementara Sakhon telah kehilangan satu batang gigi dibahagian hadapan.

Mayat2
sumber: the nation

Namun, pegawai rumah mayat menegaskan bahawa mayat itu terlalu mereput untuk dikenal pasti dan menggesa keluarga tersebut untuk mengambil mayat terbabit untuk tujuan persemadian.

Walau bagaimanapun, Sakhon Sacheewa, 44, yang merupakan seorang nelayan telah pulang ke kampung halaman pada Ahad lalu selepas bekerja di atas bot di Nakhon Si Thammarat selama 14 bulan.

Mayat3
sumber: the nation

Sakhon menjelaskan bahawa dia telah membuat laporan dan telah menerima kad pengenalan baru selepas ianya dicuri oleh seorang lelaki Myanmar. Pihak polis kini sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti mayat lelaki tersebut melalui transaksi kewangannya memandangkan mayat itu telah dibakar.

Keluarga Sakhon mendakwa telah membelanjakan sebanyak kira-kira RM24,878 untuk pengebumian lelaki itu dan difahamkan sebarang pampasan kewangan yang dituntut oleh keluarga itu akan dipertimbangkan berdasarkan undang-undang.

Boleh pulak ye. Kenapalah tak check betul-betul…

Baca: Penduduk Gempar! Mayat Dibaluti Kain Kapan ‘Muncul’ Keluar Dari Kubur

Mayat5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.