in

Pesakit Terpaksa Tunggu 5 Jam Untuk Dirawat Kerana Jururawat Sedang Booking Percutian di Internet

Page 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menunggu untuk menerima rawatan adalah perkara biasa yang berlaku di dalam ataupun luar negara. Pesakit yang tidak sihat pastinya mahu dilayan dengan segera oleh kakitangan yang bertugas jika ke klinik ataupun hospital. Kebiasaannya, ada yang harus menunggu lama sebelum dilayan atas sebab-sebab tertentu.


Pun begitu, berbeza dengan seorang pesakit sebuah hospital di England ini yang mendakwa terpaksa menunggu berjam-jam sebelum menerima rawatan kerana sebab yang tidak munasabah, lapor The Sun.

C3
sumber: the sun

Pesakit di Jabatan Kecemasan Hospital Princess Alexandria itu mendakwa terpaksa menunggu selama kira-kira lima jam bagi mendapatkan rawatan gara-gara jururawat bertugas sedang sibuk melayari internet. Berang dengan keadaan itu, pesakit tersebut memuat naik rakaman dan gambar kelakuan jururawat tersebut di Facebook.

Bersama-sama dengan gambar tersebut, pesakit itu menulis kapsyen menyatakan bahawa dia sudah lama menunggu untuk dilayan tetapi jururawat berkenaan sedang melayari internet. Dalam insiden yang berlaku di Harlow, Essex itu, jururawat tersebut dilihat seperti sedang sibuk menempah destinasi percutian.

C4
sumber: facebook

“Sudah 5 jam berada di jabatan kecemasan ni tapi jururawat sedang sibuk tempah percutian,” tulis pesakit tersebut dengan nada berang.

Tidak wajar membiarkan pesakit menunggu lama hanya kerana mahu menempah percutian, kelakuan jururawat tersebut perlu diambil tindakan yang sepatutnya oleh pihak hospital. Pun begitu, ada sebilangan netizen merasakan bahawa jururawat tersebut perlu diberikan ruang kerana sudah seharian bekerja.

C1 1
sumber: the sun

“Dengan waktu bekerja yang lama mungkin itu sahaja masa yang mereka ada untuk berbuat demikian,” kata seorang netizen.

“Mereka telah bekerja keras dan mereka layak untuk berehat,” tambah seorang lagi.

Jabatan kecemasan hospital tersebut kini direkodkan sebagai pemberi perkhidmatan terburuk bagi pesakit di England. Difahamkan, kebanyakan pesakit dilaporkan perlu menunggu lebih dari empat jam untuk dirawat.

C2
sumber: the sun

Hospital Princess Alexandria kini memaklumkan perkara itu telah diberikan perhatian dan tindakan susulan akan diambil.

Nasib la pesakit tu tak cedera parah ke apa, kalau tak lima jam tunggu silap silap nyawa habis!

Baca: Jururawat Mati Akibat Bekerja Siang dan Malam Tanpa Henti Selama 13 Hari!

Mait

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.