“Pesakit di hospital sukar tidur kerana Mat Rempit” – Sultan Johor

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Tak dapat dinafikan, bunyi bising yang datang daripada pemilik motor di luar sana, lebih-lebih lagi bagi mereka yang dikenali sebagai Mat Rempit ini sememangnya mengganggu aktiviti seharian kita, kadang kala juga mengganggu mental kita. Ini kerana, golongan Mat Rempit lebih gemar aktif pada waktu lewat malam. Di mana waktu tersebut adalah waktu berehat kita.

Sama seperti kita, baru-baru ini Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar murka dengan  tindakan kumpulan ini yang menjadikan Jalan Pantai Lido di hadapan Hospital Sultan Aminah (HSA), Johor Bahru, sebagai medan lumba haram mereka.

Sumber: Facebook

Menurut perkongsian tersebut di Facebook, Sultan Ibrahim bertittah bahawa baginda menerima banyak aduan khususnya daripada pesakit HSA ini, yang selalu tidak dapat tidur malam disebabkan bunyi bising enjin motosikal yang datangnya daripada perlumbaan haram yang acap kali berlaku terutamanya pada lewat malam. Sehubungan dengan itu, baginda mahu pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terbabit dalam aktiviti tersebut.



Titah baginda lagi,

“Berhenti daripada terbabit dalam aktiviti tidak berfaedah ini. Fikirkan mengenai ketenteraman awam dan pesakit di hospital yang memerlukan rehat secukupnya”

Sumber: Facebook

Menurut baginda, sebelum ini Almarhum anakandanya, YAM Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Ibni Sultan Ibrahim pernah menyebut bahawa dia amat sukar sekali beradu pada waktu malam semasa menerima rawatan di Wad DiRaja HSA disebabkan bunyi kuat motosikal. Keadaan yang sama turut dialami oleh menantu baginda, YM Che’ Puan Khaleeda Binti Bustamam ketika melahirkan kedua-dua anakandanya.

Sumber: Facebook

“Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail dan isteri tidak dapat beradu pada waktu malam disebabkan gangguan bunyi motosikal yang berlumba dari jam 12 tengah malam hingga 3 pagi”

“Saya juga mengalami pengalaman yang sama ketika menerima rawatan di Wad DiRaja HSA,” titah baginda.

Kesian pesakit-pesakit tu.. Sepatutnya dapat berehat dengan secukupnya di hospital, tapi tak boleh pula sebab bunyi-bunyi motor ni. Harap pihak yang sepatutnya dapat selesaikan masalah ini secepat mungkin.

Baca: Mat Rempit Belasah Pemandu Ambulans dan Tendang Jururawat Hanya Kerana Ditegur Untuk Beri Laluan

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Zarith Sofea

Seorang gadis yang minat membaca dan melayari internet untuk lebih cakna tentang gosip dan berita terkini. Peka dengan keadaan semasa tetapi tidak mudah terpengaruh dengan budaya fitnah yang tidak sihat.